Soalan:

Jika teman lelaki suka memberi hadiah kepada teman wanita atau teman wanita yang suka meminta-minta, lalu berlaku perpisahan sehingga terucaplah “Aku tidak halalkan apa yang aku beri atau belanjakan untuk kau.” Apakah hukumnya?

Safura Salleh, Besut, Terengganu.

 

Jawapan:

Rasulullah bersabda: Kami tidak memiliki perumpamaan bagi orang yang menarik kembali pemberiannya melainkan seperti anjing yang menjilat kembali muntahannya. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1219/1298] Hadis ini sudah cukup bagi menerangkan betapa buruknya sikap meminta balik hadiah atau pemberian. Pengecualian berlaku jika yang memberi ialah ayah, kerana ia merupakan hak istimewa ayah ke atas anaknya. Sabda Rasulullah: Tidak dihalalkan bagi seseorang memberikan satu pemberian kemudian memintanya balik kecuali seorang ayah terhadap apa yang diberikannya kepada anaknya. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1220/1299]