Demikianlah tajuk saya untuk bulan ini, 3 vs 20 atau 3 lawan 20. Ia bukan merujuk kepadamana-mana keputusan perlawanan sukan, tetapi merujuk kepada fenomena pergeseranpengajian tauhid di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas. Tauhid TigaSerangkai lawan Sifat 20. Yang mana sunnah dan yang mana bid’ah, yang manabetul dan yang mana salah?

          Saya telah beberapakali ditanya soalan di atas. Saya menjawab, sunnah atau bid’ah, betul atausalah tidak diukur dengan pendapat masing-masing sekalipun dari kalanganagamawan negara. Akan tetapi diukur dari beberapa sudut.

          Sudut Pertama ialahasal usulnya. Kedua-dua kaedah pengajian tauhid di atas tidak bersumber secaraterus dari al-Qur’an mahupun al-Sunnah. Akan tetapi ia adalah rumusan dari al-Qur’andan al-Sunnah, sementara rumusan itu sendiri tidak sukar untuk dicariasal-usulnya. Tauhid Tiga Serangkai umpamanya, merupakan rumusan daripada surahal-Qur’an yang kita hafal sejak kecil dan selalu kita baca beberapa kalisehari, iaitu surah al-Fatihah. Rangkaian pertama, Tauhid al-Rububiyahdirumuskan dari ayat surah al-Fatihah yang bermaksud: “Segala puji bagi Allah, Rabb yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalianalam.”

shahadah.jpg

Rangkaian kedua, Tauhidal-Uluhiyah dirumuskan dari ayat surah al-Fatihah yang bermaksud: “Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohonpertolongan.

Manakala rangkaian ketiga, Tauhid al-Asma wa al-Sifatdirumuskan dari ayat surah al-Fatihah yang bermaksud: “Yang Maha Pemurah (al-Rahman), lagi Maha Mengasihani (al-Rahim).

          Sifat 20 jugamerupakan rumusan dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Akan tetapi memandangkan sayatidak arif dalam pengajian Sifat 20, saya sarankan para pembaca sekalianbertanya kepada mereka yang arif, dari ayat dan hadis sahih manakah Sifat 20 dirumuskan.

          Sudut Kedua ialah kemudahan untuk mempelajari kedua-duakaedah tersebut. Memandangkan Tauhid Tiga Serangkai dan Sifat 20 merupakankaedah yang dirumuskan bagi membolehkan pengajian tauhid, maka yang lebihunggul ialah kaedah yang lebih memudahkan. Ini selari dengan pesan RasulullahSAW: “Permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan janganmenakutkan.” [Shahih al-Bukhari, no: 69]

          Sejujurnya saya tidak pernah benar-benar memberi perhatianuntuk mempelajari tauhid melalui kaedah Sifat 20. Semasa di bangku sekolah sayatidak ingat diberi penekanan tentang silibus ini. Maksud saya ia ada tetapitidak ditekankan kepada kami untuk menghafal dan memahaminya. Saya hanya ingatmempelajarinya ketika bersiap sedia untuk menghadapi temuduga perkahwinan diJabatan Agama Negeri pada tahun 1995. Saya merasakan ia agak sukar danmengelirukan. Saya hanya dapat menghafal dua-tiga sifat yang pertama darikesemua 20 sifat.

          Mujurlah saya tidak disoalkan berkenaan Sifat 20 semasa temuduga perkahwinan dijalankan. Saya disoal tentang bacaan doa qunut semasasolat Subuh dan bacaan ketika duduk tasyahud akhir dalam solat. Alhamdulillahsaya dapat menjawab kedua-dua soalan itu dengan cemerlang sekalipun saya masihtertanya-tanya sehingga hari ini bagaimana dua soalan itu dapat menjadikan sayasuami yang cemerlang.

          Ketika saya mempelajari Tauhid Tiga Serangkai, saya dapatiia mudah. Faktor utama ialah kerana ia bukan sekadar hafalan tetapi dapatdikaitkan dengan kehidupan seharian. Sambil mempelajari Tauhid Tiga Serangkai, sayadapat merasakan keesaan Allah SWT. Namun saya tetap sedar ukuran mudah atausukar adalah relatif. Maka jangan sekadar mengikuti pengalaman saya, tetapicubalah para pembaca sekalian mempelajari tauhid melalui kedua-dua kaedahtersebut. Kemudian bezakan antara yang mudah dan susah, antara yang menggembirakandan menakutkan.

          Sudut Ketiga ialah sejauh mana pengajian tauhid tersebut dapat menjadikan kita umatIslam di Malaysia memiliki tauhid yang murni, jauh dari semua bentuk syirik.Apabila saya bersembang dan berbincang bersama mereka yang cenderung kepadapengajian tauhid Sifat 20, kebanyakan mereka berkata ia merupakan kaedahpengajian yang telah berlangsung turun temurun di Malaysia.

          Saya mengangguk-anggukhairan kerana jika itu benar, mengapakah amalan syirik masih agak berleluasa diMalaysia? Izinkan saya memberi dua contoh. Apabila dompet, barang kemas atauapa-apa barang berharga hilang, tidak sedikit orang yang masih berkunjungkepada bomoh untuk bertanyakan lokasinya. Padahal jika mereka memiliki tauhidyang murni, mereka mengetahui bahawa perkara ghaib hanya diketahui oleh Allahdan menyakini bahawa bomoh turut mengetahui perkara ghaib termasuk satu bentukkeyakinan yang mempersekutukan Allah (syirik).

          Tidak dilupakan ialah apayang sedang hangat sekarang ini, bahawa jalan hidup dan kejayaan seseorangdapat “dilihat” dan “dikira” berdasarkan tarikh lahir seseorang. Ini satu lagikeyakinan yang membawa kepada syirik kerana semua itu hanya diketahui olehAllah dan telah ditulis oleh-Nya sejak awal. Kewajipan kita ialah berusahamencari apa yang ditulis oleh Allah dalam kitab suratan takdir, bukan mencariapa yang ditulis oleh bidan dalam surat beranak. 

          Demikian sekadar dua contoh yang sempat diselitkandalam ruang ini. Para pembaca sekalian dijemput menelaah buku saya “13 PerkaraYang Mencemari Kemurniaan Tauhid” bagi mengetahui contoh-contoh lain lengkapdengan dalil-dalilnya. Persoalan yang penting di sini ialah, mengapakahpengajian Sifat 20 tidak berjaya membendung pelbagai keyakinan syirik yangtelah membumi di kalangan masyarakat kita? Adakah salah umat, salah tenagapengajar atau salah kaedah pengajian tauhid yang diajar?