Soalan 1: Nama Anak Angkat.

Apakahharam hukumnya apabila seseorang itu mengambil anak angkat lalu memberi namadengan menggunakan nama ayah angkatnya, tanpa menggunakan “bin” atau “binti”.Adakah ia dibenarkan dalam syarak? Musykil, Sungai Besar, Selangor.

Jawapan:

Jikadiperhatikan nama saya Hafiz Firdaus Abdullah, mudah diketahui bahawa nama ayahsaya ialah Abdullah. Ini kerana sekalipun tidak digunakan “bin”, kebiasaanmasyarakat akan dapat mengenal pasti bahawa nama saya ialah Hafiz Firdaus binAbdullah.

Dalammemberi nama kepada anak angkat, ia tidak boleh disandarkan kepada nama ayahangkatnya tanpa mengira sama ada menggunakan “bin”, “binti” atau tidak. ApabilaEncik Hasan mengambil anak angkat lalu diberikan nama Kamaruddin, tidak bolehdisandarkan kepada namanya. Tidak boleh menamakan anak itu Kamaruddin bin Hasanmahupun Kamaruddin Hasan. Dalil larangan ini ialah firman Allah SWT:

“Panggilahanak-anak angkat itu dengan bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebihadil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapamereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dansebagai "maula-maula" kamu.” [Surah al-Ahzab, ayat 5]

 

Merujuk kepada ayat di atas, apabila anak angkat itu diketahui nama ayahnya, maka hendaklah disandarkan kepada nama ayah itu. Jika ayah kandung Kamaruddin bernama Syamsul, hendaklah diberi nama Kamaruddin bin Syamsul atau Kamaruddin Syamsul. Jika tidak diketahui siapa ayah kandung Kamaruddin, hendaklah diberi nama Kamaruddin maula Hasan, di mana Hasan ialah nama ayah angkatnya.

 

Soalan 2: Gelang Berloceng.

Saya baru mendapat seorang cahaya mata puteri. Saya terlalu gembira dan teruja menyambut kelahirannya dengan bermacam-macam barang perhiasan yang saya belikan termasuk gelang kaki. Apakah hukumnya memakai gelang kaki/tangan berloceng atau tidak berloceng?

Nurul Hana, Bandar Sunway.

 

Jawapan:

Tahniah kerana baru mendapat seorang puteri. Saya nasihatkan kepada diri saya, puan dan ibubapa yang lain untuk menyambut kelahiran putera-puteri dengan cara bersyukur kepada Allah SWT. Antara cara kita bersyukur ialah memperbanyakkan sedekah kepada ibubapa bayi-bayi di luar sana yang serba tidak berkecukupan, sehinggakan tidak mampu membeli pakaian bayi biarpun sehelai. Justeru daripada membeli bermacam-macam perhiasan untuk anak tersayang, belilah beberapa perhiasan sahaja manakala duit selebihnya disedekah kepada mereka yang lebih memerlukannya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” [Surah Ibrahim, ayat7]  

Adapun hukum memakai perhiasan gelang tangan atau kaki berloceng kepada bayi, maka ia dibolehkan. Malah ada kebaikan di sebaliknya, iaitu ibubapa dapat mengetahui bayi sudah terjaga dari tidur, sedang merangkak atau sedang bermain-main sendiri.

Larangan memakai gelang berloceng hanya ditujukan kepada wanita yang sudah baligh, kerana bunyi loceng itu – sama ada disengajakan atau tidak – akan menarik perhatian kaum lelaki untuk mengganggu mereka. Allah SWT berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya…… jangan mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.” [Sebahagian dari ayat 31 surah al-Nur]

 

Soalan 3: Seks Ketika Hamil.

Adakah berdosa bagi seorang isteri yang sedang hamil dan tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan suaminya disebabkan tidak selasa. Kadangkala dia menyebabkan suami berasa kecewa. Situasi tersebut hanya terjadi sepanjang kehamilan si isteri.

Ibu buntu, Seremban.

 

Jawapan:

Apabila suami meminta hubungan seks dengan isterinya, isteri wajib memenuhi permintaan itu kecuali apabila terdapat penghalang yang dibenarkan syari’at seperti sedang haidh, nifas, sakit dan hamil. Ketika hamil, khasnya pada semester pertama dan ketiga, para pakar perubatan telah menyatakan bahawa pelbagai suasana tidak selesa ketika itu menyebabkan isteri memang tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan seks.

Dalam suasana begini, isteri memiliki pilihan untuk bermain-main dengan alat kelamin suami, termasuk melakukan onani (masturbate) untuk suami. Islam melarang onani jika yang melakukannya ialah tuan punya badan. Namun jika ia dilakukan oleh pasangannya, umpama isteri kepada suami atau suami kepada isteri, maka ia dibolehkan. [Dr. Abdullah al-Faqih – al-Fatawa al-Mu’ashirah fi al-Jima’, ms. 69-70]

Jika suami masih tidak puas atau isteri tetap tidak selesa untuk melakukan onani bagi suami, Islam membuka pilihan lain iaitu suami berpoligami. Poligami memiliki banyak hikmah kepada isteri, salah satu darinya ialah meringankan beban seks dalam suasana isteri tidak berkeinginan sementara suami amat berkehendak.