Soalan 1: Hubungan Dengan Mertua.

Apakah tanggungjawab seorang isteri terhadap kedua ibu bapa mertuanya? Sekiranya isteri tidak mahu mengikut suami balik kampung untuk menziarah ibubapa suami, adakah harus suami meninggalkannya berseorangan di rumah? Adakah tindakan meninggalkan isteri tersebut salah dari segi syariat Islam dan apa pula hukum untuk isteri?

 

Jawapan:

Apabila anda bernikah dengan suami, bererti anda telah menjalin hubungan kekeluargaan yang baru. Jumlah ahli keluarga anda bertambah, merangkumi ibubapa suami, adik beradik suami dan lain-lain saudara mara di pihak suami.