Afendy berkata kepada rakannya,

"Hujung minggu ini ada beberapa kuliah agama. Jomlah pergi mana-mana kuliah yang kamu sukai.

Ada kuliah subuh Ust. AA, kuliah dhuha Ust. BB, kuliah zohor Ust. CC dan kuliah maghrib Ust. DD.

Jika kamu tidak mampu, hadirlah satu kuliah."

--------

Apabila kita cermati ayat contoh di atas, adakah Afendy mengajak rakannya untuk hadir satu kuliah sahaja?

Atau yang benar Afendy mengajak hadir ke beberapa kuliah, namun jika tak mampu maka hadirlah satu kuliah sahaja?

Di sini ada syarat sebelum ajakan ke satu kuliah sahaja, iaitu tidak mampu (seperti kekangan masa atau tiada kemudahan pengangkutan).

--------

Demikianlah juga ayat ke 3 surah al-Nisa',

"Maka nikahilah wanita-wanita yang kamu berkenan: dua, tiga atau empat. Namun jika kamu bimbang tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang sahaja."

Ayat ini tidak mengajak kepada menikahi seorang sahaja.

Akan tetapi mengajak nikah 2, 3 atau 4.

Hanya apabila bimbang tidak dapat berlaku adil antara isteri-isteri, maka barulah diajak nikah seorang sahaja.

Maka di sini ada syarat sebelum ajakan menikahi satu, iaitu bimbang tidak dapat berlaku adil kepada dua atau lebih isteri.

Amatlah tidak patut (bahkan amat tidak adil) apabila seseorang itu membaca potongan ayat "maka nikahilah seorang sahaja" lalu membuat rumusan bahawa yang dianjurkan oleh ayat ke 3 surah al-Nisa' adalah monogami.

----------

Bagaimanakah seorang suami itu bimbang dia tidak akan mampu berlaku adil jika dia tidak tahu apakah maksud keadilan dalam poligami?