Ketika jalan-jalan makan di P.Pinang, singgah minum Teochew cendol di Penang Road. Orang ramai, kena beratur untuk dapatkannya.

Pada waktu malam, baru saya teringat, "Owh, siang tadi makan cendol lupa nak bayar!" Banyak orang bersesak-sesak hingga lupa nak bayar.

Padahal esoknya akan bertolak balik selepas sarapan. Sambil merancang bagaimana hendak membayarnya, sebagai manusia biasa ada terlintas di fikiran saya,

"Ah! RM3 aje ...buat tak tahu sajalah!"

"Hm...Teochew tu sehari sales mesti beribu ringgit, apa laa sangat RM3??"

Sebab utama malas bayar? Tak suka memandu dan memakir di bandar George Town. Walaupun saya memandu ke P.Pinang, kereta tinggal di hotel saja. Ke sana sini jalan-jalan guna Grab sepenuhnya. Akhirnya berjaya menguatkan diri untuk membayarnya pada keesokan hari. Alhamdulillah.

Sebabnya? Teringat kepada ayat-ayat berikut,

 

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka amal-amal mereka.

 

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

 

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

al-Zalzala 99:6-8