al-hafiz.jpgAssalamu’alaikum,
Alhamdulillah, suka cita diumumkan terbitan 2 buku yang baru:
==================
Judul: 10  Ciri al-Hafiz Cemerlang.

Penulis: Badrul Hisham bin Sulaiman.

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)

Harga: RM20.00, 196 mukasurat.

Sinopsis: Buku ini menerangkan ciri-ciri yang sepatutnya dimiliki oleh seorang penghafaz al-Qur’an. Ia ditulis bukan sahaja khusus untuk para pelajar tahfiz tetapi juga untuk seorang hafiz yang sudah agak “berkarat” hafalannya dan orang awam yang ingin menghafal dan mengamalkan al-Qur’an.
al-masih.jpgJudul: Isa al-Masih: Jawapan Islam Terhadap Risalah Kristian.

Penulis: Mohammad Amin Yaacob.

Penerbit: Pustaka Salam, Batu Caves (03-61869469)

Harga: RM15.00, 118 mukasurat.

Sinopsis: Buku ini menjawab sebuah risalah yang diedarkan secara percuma oleh para pendakwah Kristian. Risalah itu kononnya menerangkan kebenaran agama Kristian berbanding Islam. Maka buku ini menjawab dakwaan tersebut, bahawa agama Kristian sebenarnya memiliki banyak kekurangan berdasarkan bukti dari sumber-sumber Kristian itu sendiri!

====================

Selamat mengkaji. Sila hubungi nombor penerbit di atas untuk mengetahui lokasi penjual buku.

Wassalamu’alaikum.