Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan penerbitan buku saya yang terbaru seperti berikut:

 

47persoalantakdir.jpg

Judul: 47 Persoalan Qadar dan Qadha.

 

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-235 1602).

 

Harga: RM20.00 (290 mukasurat, soft cover).

 

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual terbitan Jahabersa atau pesan terus melalui nombor talifon di atas.

 

Pengenalan ringkas:

 

Buku ini berbentuk soal-jawab, menghimpunkan 47 soalan yang paling lazim ditanya tentang taqdir serta penting untuk diketahui jawapannya. Ia bermula dari soalan yang mudah seperti maksud Qadar dan Qadha sehinggalah yang lebih berat seperti syurga-neraka, hidayah dan kesesatan.

 

Sebahagian dari soalan-soalan tersebut pernah ditanya dan dibincang dalam AFN.

 

Keutamaan diberikan kepada penjelasan yang mudah kerana kerap kali subjek taqdir ini agak sukar dan memeningkan.

 

Sinopsis dari kulit belakang buku:

 

Apabila anda membaca tulisan ini di kulit belakang buku, adakah anda yang memilih untuk membaca atau Allah yang taqdirkan anda untuk membaca? 

 

Apabila anda membuat keputusan untuk terus mengkaji kandungan buku ini, adakah anda yang memilih untuk mengkaji atau Allah yang taqdirkan anda untuk mengkaji?

 

Demikian dua dari sekian banyak persoalan berkenaan Qadar dan Qadha yang mesti kita ketahui jawapannya. Dikatakan “mesti” kerana ia merupakah salah satu dari Rukun Iman dan syarat kepada kesempuranaan tauhid serta aqidah kita. Buku ini mengupas 47 persoalan yang lazim ditanya dan mesti diketahui jawapannya berkenaan Qadar dan Qadha. Ia patut menjadi sumber rujukan dan kajian kita bersama.