Soalan 28: Bolehkah Bertawassul Dengan Rasulullah?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 744
Soalan: Bolehkah Bertawassul Dengan Rasulullah?
Jawapan:
Soalan ini memerlukan perincian. Jika yang dimaksudkan adalah bertawassul dengan diri Rasulullah, yakni meminta Rasulullah mendoakan anda, maka ia tidak boleh kerana baginda sudah wafat. Jika yang dimaksudkan adalah bertawassul dengan kemuliaan Rasulullah, maka para ilmuan Islam berbeza pendapat sama ada ia dibolehkan atau tidak.
Sebelum itu ingin diterangkan bahawa bertawassul ialah menjadikan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam berdoa. Memandangkan doa adalah satu ibadah, tidak boleh sesuka hati bertawassul dalam berdoa melainkan berdasarkan dalil al-Qur’an dan/atau al-Sunnah yang sahih. Tetap melakukan tawassul tanpa dalil al-Qur’an dan/atau al-Sunnah bererti melakukan bid’ah yang dilarang oleh Islam.
Soalan 27: Bolehkah Meminta Orang Lain Mendoakan Saya?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 647
Soalan: Bolehkah Meminta Orang Lain Mendoakan Saya?
Jawapan:
Dibolehkan meminta orang lain mendoakan anda, khasnya orang yang diyakini ketaqwaan dan kesolehannya. Ini disebut sebagai bertawassul dengan doa orang soleh. Dalam al-Qur’an, terdapat kisah anak-anak Nabi Ya’kub yang meminta ayah mereka mendoakan mereka,
قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ. قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah.” Nabi Ya’kub berkata: “Aku akan meminta ampun bagi kamu daripada Tuhanku; sesungguhnya Dia-lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Yusuf 12:97-98]
Para sahabat radhiallahu 'anhum juga pernah memintakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendoakan mereka, sebagaimana seorang Arab Badwi yang meminta,
يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكَ الْمَالُ وَجَاعَ الْعِيَالُ فَادْعُ اللَّهَ لَنَا!
Wahai Rasulullah, harta benda telah binasa sementara kaum keluarga kebuluran (kerana kemarau yang panjang). Maka berdoalah kepada Allah bagi kami!
فَرَفَعَ يَدَيْهِ.
Maka baginda mengangkat kedua tangannya (untuk berdoa).[1]
THI 2019: Ciri manusia yang dibenci Allah
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 699
Tazkirah hari ini, sabda Rasulullah s.a.w.,
إِنَّ اللهَ يُبْغِضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ , جِيفَةٍ بِاللَّيْلِ , حِمَارٍ بِالنَّهَارِ , عَالِمٍ بِالدُّنْيَا , جَاهِلٍ بِالْآخِرَةِ
Sesungguhnya Allah benci setiap orang yang biadap, keras lagi sombong, berbuat bising dan bertengkar di pasar, menjadi mayat pada malam hari, menjadi keldai pada siang hari, bijaksana dalam urusan dunia tetapi jahil dalam urusan akhirat.
Dikeluarkan oleh al-Nasa'e dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no.: 20804.
al-Albani mengemukakannya dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no.: 195 dan beliau menyandarkannya kepada Mawarid al-Zhaman ila Zawa’id Ibn Hibban, hadis no.: 1957.
---------
Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. menerangkan beberapa ciri manusia yang dibenci oleh Allah s.w.t.,
[1] Orang yang akhlaknya biadap (rude), keras dan sombong.
[2] Orang yang suka berbuat bising dan bertengkar di pasar. Pada masa kini, boleh juga merujuk kepada suasana lain seperti ketika di tempat kerja.
[3] Menjadi mayat pada malam hari = yakni berterusan tidur tanpa bangun untuk solat malam.
[4] Menjadi keldai pada siang hari = yakni berterusan bekerja tanpa membahagikan masa untuk ibadah dan zikir.
[5] Bijaksana dalam urusan dunia tetapi jahil dalam urusan akhirat.
Ilmu-ilmu dunia terus dicari, baik secara pengajian formal atau non-formal. Akan tetapi ilmu agama dibiarkan sekadar apa yang dibelajar pada zaman sekolah.
Soalan 26: Apakah Maksud Berdoa Dengan Amal Soleh?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 874
Soalan: Apakah Maksud Berdoa Dengan Amal Soleh?
Jawapan:
Maksud berdoa dengan amal soleh ialah menjadikan amal-amal soleh yang pernah dilakukan sebagai sarana bagi meningkatkan kadar kemakbulan doa. Ia disebut sebagai berdoa dengan bertawassul kepada amal soleh. Amal soleh itu mestilah menepati dua syarat. Pertama, ia dilakukan ikhlas kerana Allah. Kedua, ia bukanlah bid’ah, tetapi merupakan sesuatu yang disyari’atkan dalam Islam.
Dalil bagi berdoa dengan bertawassul kepada amal soleh adalah hadis berikut daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
بَيْنَمَا ثَلَاثَةُ نَفَرٍ يَتَمَشَّوْنَ أَخَذَهُمْ الْمَطَرُ فَأَوَوْا إِلَى غَارٍ فِي جَبَلٍ فَانْحَطَّتْ عَلَى فَمِ غَارِهِمْ صَخْرَةٌ مِنْ الْجَبَلِ فَانْطَبَقَتْ عَلَيْهِمْ.
فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ: انْظُرُوا أَعْمَالًا عَمِلْتُمُوهَا صَالِحَةً لِلَّهِ فَادْعُوا اللَّهَ تَعَالَى بِهَا لَعَلَّ اللَّهَ يَفْرُجُهَا عَنْكُمْ.
Ketika tiga sekawan sedang berjalan (hiking), tiba-tiba hujan turun lalu mereka berlindung ke dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung itu jatuh dan menutupi pintu gua sehingga mereka terperangkap di dalamnya. Maka berkatalah salah seorang daripada mereka kepada temannya yang lain, “Perhatikanlah amal soleh yang pernah kalian lakukan kerana Allah, lalu berdoalah kepada Allah Ta’ala dengannya. Mudah-mudahan Allah membuka (pintu gua) itu untuk kalian.”
Page 8 of 67