[1}

Dokumen Pemalsuan al-Kitab oleh Molyadi Samuel.
Kulit keras, saiz besar, 304ms, RM35.80

Buku ini membongkar bukti-bukti pemalsuan kitab Injil
dalam sejarah agama Kristian, termasuk juga di
Indonesia. Lengkap dengan imej yang di-scan terus
daripada beberapa edisi Injil di Indonesia,
pengarangnnya menunjukkan bagaimana institusi Kristian
di Indonesia juga bebas membuat perubahan kepada kitab
Injil mereka.



[2]

Intelektual Muslim versus Missionaris: Jawaban atas
berbagai hujatan terhadap Islam oleh Ichwan Hariyadi
Kulit biasa, saiz sederhana, 328ms, RM27.80

Buku ini pula mengumpul hujah-hujah yang lazimnya
dikemukakan oleh para dai Kristian untuk mendakwah
orang Islam. Perlu menjadi sumber kajian para netters
dalam usaha menangani strategi dakwah para dai
Kristian yang makin aktif masa kini.

[3]

Bagaimana Berinteraksi dengan Peninggalan Ulama’ Salaf
(Kaifa Nata‘amalu ma‘a al-Turats wa al-Tamadzhub wa
al-Ikhtilaf) oleh Syaikh Yusuf al-Qaradhawi.
Kulit biasa, saiz besar, 435ms, RM42.80

Sebuah lagi buku menarik daripada al-Qaradhawi yang
telah diterjemahkan, menerangkan manhaj sebenar
generasi Salaf yang sepatutnya dicontohi oleh umat
Islam masa kini.

[4]

Perjalanan Hidupku (buku 1)
(Ibn al-Qariyah wa al-Kitab malamih Sirah wa Masirah)
oleh Syaikh Yusuf al-Qaradhawi.
Kulit biasa, saiz besar, 488ms, RM49.80

Menarik lagi tersendiri – auto biografi if Syaikh
al-Qaradhawi sendiri ! Buku pertama ini menerangkan
suasana kehidupannya dari zaman kanak-kanak
sehinggalah ke zaman pertengahan umurnya. Menarik
untuk dihayati perjalanan hidup seorang tokoh yang
telah banyak berjasa kepada umat Islam ini.

[5]

Hadis-hadis Bermasalah oleh Ali Mustafa Yaqub.
Saiz biasa, kulit lembut, 193ms, RM16.80

Buku ini sepatutnya diberi tajuk “Hadis Masyhur yang
bermasalah” kerana ia sebenarnya menghimpun beberapa
hadis yang masyhur disampaikan di sana sini tetapi
pada asalnya ia adalah sangat daif atau palsu atau
tiada asalnya. Ia mengikut manhaj kitab yang sebelum
ini pernah ditulis oleh al-Sakhawi (Maqasid
al-Hasanah) dan al-Ajluni (Kasyf al-Khafa’).

Highly recommended kerana kebanyakan hadis yang
dibahas oleh Ali Mustafa, sekalipun pada asalnya
adalah apa yang masyhur di Indonesia – juga masyhur di
Malaysia. Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub ialah seorang
ahli hadis Indonesia, anak murid Syaikh Mustafa
al-Adzami, tokoh hadis India yang menjawab I.
Goldzieher dan J. Schacth.

[6]

Pemikiran Hadis Mu’tazilah oleh Abu Lubabah Husain.
(edisi terjemahan ttp nama kitab asal tidak
diberikan).
Saiz biasa, kulit lembut, 159ms, RM15.80

Mu’tazilah adalah satu aliran di dalam Islam yang
mendahulukan akal di atas nas al-Qur’an dan al-Sunnah.
Aliran ini masih wujud sehingga masa kini sekalipun
tidak dikenali terus sebagai Mu’tazilah.

Antara ciri-ciri mereka ialah mentakwil dan mentafsir
nas supaya secocok dengan kehendak akal, menolak nas
apabila bertentangan.

Buku ini mengupas secara lebih terperinci aliran
Mu’tazilah. Para pembaca akan mendapati banyak
kesamaan dengan pelbagai aliran modernis dan sekular
masa kini.

[7]

Anggapan Semua Agama Benar oleh Muhammad Thalib.
Saiz biasa, kulit lembut, 148ms, RM9.80

Buku ini ditulis bagi menangani aliran Liberalisme
yang mula berkembang di Indonesia. Antara asas aliran
ini ialah semua agama sama, semua agama benar dan
semua agama sama-sama betul.

Penulisnya mengupas isu ini dengan baik, dengan
menerangkan pandangan sebenar Islam dalam subjek ini.

Tidak berlebihan jika dikatakan bahawa aliran
Liberalisme ini juga sudah mula menapak di Malaysia.
Oleh itu kita perlu menyiap sediakan diri untuk
menghadapi arus dan ombaknya.

[8]

Menguak Misteri Nabi Khidir dalam pandangan Sunnah
(terjemahan sebuah risalah khas ttg Nabi Khidir) oleh
Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H).
Saiz biasa, kulit lembut, 144ms, RM15.80

Kisah Nabi Khidir masih hidup memang masyhur, tetapi
adakah ia benar ? Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani
telah menghimpun semua hadis dan athar dalam bab ini,
yang mengatakan beliau telah meninggal dan yang
mengatakan beliau masih hidup. Akan tetapi Ibn Hajar
tidak pula menerangkan status (darjat sanad) hadis dan
athar tersebut.

Syaikh Majdi Fathi al-Sayyid Ibrahim telah meneliti
semula risalah tersebut (tahqiq) dan kemudiannya
memberi notakaki yang menjelaskan darjat hadis dan
athar tersebut.

Rujukan yang bermanfaat bagi mereka yang ingin
mengetahui hakikat sebenar kisah Nabi Khidir ini.

[9]

Manhaj Ahlus Sunnah dalam Bersikap Terhadap Penguasa
dan Pemerintah.
(Mu’amalatul Hukkam fi Dhau’i Kitab was Sunnah) oleh
Abdus Salam bin Barjas bin Nashir.
Saiz biasa, kulit lembut, 180ms, RM15.80

Umno atau Pas atau Keadilan atau selainnya, kita umat
Islam Malaysia menyandarkan diri kepada Mazhab Ahl
al-Sunnah wa al-Jamaah. Lalu bagaimanakah sebenarnya
manhaj ASWJ dalam berhadapan dengan pemimpin ? Buku
ini menjelaskan persoalan ini lengkap dengan petunjuk
al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

[10]

Agar Perempuan Tetap Menjadi Perempuan: Cara Islam
Membebaskan Wanita.
(Woman Between Islam and Western Society) oleh
Wahiduddin Khan.
Saiz besar, kulit lembut, 312ms, RM35.80

Masa kini banyak gerakan pembelaan dan pembebasan
wanita Islam tetapi sayang sekali pembelaan ini adalah
supaya secocok dengan tamadun Barat manakala
pembebasan pula ialah keluar dari “penjara” Islam
kepada “kebebasan” dunia Barat. Pendek kata ukuran
baik atau buruk bukan lagi al-Qur’an dan Sunnah tetapi
tamadun negara Barat.

Maulana Wahiduddin Khan, seorang tokoh Islam benua
India telah menulis buku yang amat baik dalam
persoalan ini. Antara keistimewaannya ialah beliau
juga telah melakukan kajian kepada isu wanita di
negara-negara Barat dan mendedahkan hakikat bahawa
kehidupan mereka jauh lebih buruk daripada kehidupan
wanita Islam. Akan tetapi negara-negara Barat ini
tidak berminat untuk “membela dan membebaskan” kaum
wanita mereka sendiri, sebaliknya menumpukan perhatian
kepada wanita Islam sahaja, seolah-olah ikhlas untuk
“membela dan membebaskan” mereka.

[11]

Biografi Syaikh al-Albani: Mujaddi dan Ahli Hadis
Abad ini.
Kulit biasa, saiz besar, 259ms, RM29.80

Antara buku terbaru yang dibawa oleh P.I. yang paling
laris. Tak perlu ulasan kerana judulnya sahaja sudah
jelas. Memaparkan biografi al-Albani, cara hidupnya,
manhajnya dan wasiatnya.

[12]

Tasawuf Syar‘i: Kritik atas kritik.
(al-Tashawwuf al- Syar‘i) oleh Sayyid Nur bin Sayyid
Ali.
Kulit biasa, saiz sederhana, 240ms, RM25.80

Pengarang buku ini cuba membawa tasawuf ke jalan
pertengahan yang sebenar, sambil menjawab orang yang
extreme dalam menolaknya dan orang yang extreme dalam
menerimanya. Setakat pemerhatian saya beliau telah
mencapai kejayaan yang amat baik dalam cubaannya ini.
Sangat bermanfaat kepada semua lapisan pembaca, pro
atau kontra atau neutral.

[13]

Reformasi Tasawuf al-Syafi’i oleh Ahmad Musyafiq.
Kulit biasa, saiz sederhana, 218ms, RM29.80

Kertas tesis yang dibukukan, menerangkan tasawuf yang
sebenar di sisi Imam al-Syafi’i rahimahullah.
Pelengkap kepada buku Manhaj Aqidah Imam Syafi’i yang
telahpun diterjemahkan sebelum ini.

[14]

Dirasatul Firaq: Kajian tentang aliran-aliran sesat
dalam Islam oleh Tim (jawatankuasa penulis) Ulin Nuha
Ma’had ‘Aly.
Kulit biasa, saiz sederhana, 270ms, RM26.80

Membahas secara umum tetapi lengkap tentang pelbagai
aliran yang wujud di dalam Islam yang menyelisihi Ahli
sunnah wal Jamaah. Aliran-aliran ini sebahagiannya
tidak wujud sekarang ini tetapi manhaj dan cara
berfikir mereka masih wujud, malah
dikembang-kembangkan. Di akhiri dengan siapakah itu
ASWj dan contoh beberapa aliran sesat terkini di
Indonesia.

[15]

Fathul Bari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari
(Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari) oleh Imam
Ibn Hajar al-‘Asqalani (852H).
780ms, kulit keras, saiz besar, RM78.80

Kitab yang amat berharga ini kini telah siap
terjemahan jilid yang keempat. Kita berdoa agar semua
15 jilid berjaya disiapkan.

[16]

Izhar al-Haq: Menelusuri Jejak Kitab Suci lewat Debat
Fenomenal.
(Izhar al-Haq) oleh Maulana Muhammad Rahmatullah
al-Kairanawi (1278H).
895ms, kulit keras, saiz besar, RM92.80

Kitab ini karangan seorang tokoh perbandingan agama
Islam – Kristian benua India. Perbahasan adalah
mendalam tetapi tepat dan jitu. Father pasti tergolek,
Bishop pasti ternganga manakala Pope buat-buat tak
faham. Kehebatan kitab ini menyebabkan pemerintahan
Inggeris di zaman penjajahan India dahulu mengharamkan
pernerbitannya dan mengeluarkan tawaran 1000 rupe
kepada sesiapa yang dapat menangkapnya. Di zaman dulu
ini adalah nilai yang sangat besar. Maulana
Rahmatullah akhirnya berjaya melarikan diri ke Mekah
dan meninggal dunia di sana.

[17]

Taubat: Metode Taubat Menurut Ulama Salaf
(Kitab al-Taubat) oleh Syaikh Ibn Taimiyyah (728H)
186ms, kulit biasa, saiz poket, RM9.80

Menerangkan kaedah taubat yang sebenar mengikut
al-Qur’an dan al-Sunnah serta amalan para generasi
Salaf. Menolak kaedah taubat sufi yang mewajibkan
taubat itu melalui syaikh tariqatnya.

[18]

Jawaban Atas Pengagung Kubur
(al-Rad ‘ala al-Quburiyyin) oleh Hamad bin Nashir Alu
Mu’ammar (1225H)
Tahqiq dan takhrij Abd al-Salam bin Barjas.
184ms, kulit biasa, saiz besar, RM19.80

Perbahasan ditumpukan kepada kesalahan berdoa kepada
ahli kubur atau bertawasul dengannya, membuat binaan
ke atas kubur dan membuat perayaan di kubur.

[19]

Mayit Tidak Mendengar
(al-Ayat al-Bayinat fi Adami Sama’i al-Amyat) oleh
Nu’man bin al-Syahir Mahmud al-Alusi (1317H).
Tahqiq dan takhrij: Nashir al-Din al-Albani.
203ms, kulit biasa, saiz biasa, RM17.80

Di sisi Mazhab Hanafi, mayat tidak mendengar perkataan
orang yang hidup. Maka Syaikh Nu’man bin al-Syahir
menjelaskan dalil-dali yang menjadi pegangan mazhab
Hanafi ini dan mengulas pendapat mazhab 3 yang lain
juga. Semua ini berkaitan dengan amalan talkin kepada
mayat di dalam kubur, sama ada bermanfaat atau tidak.