Di mana? Kedai-kedai yang biasa menjual buku terbitan Jahabersa, atau pesan terus dari penerbit.
Sinopsis ringkas:
Kadangkala sebuah buku itu kelihatan ilmiah, dipenuhi dengan hujah dan dalil. Kemudian ia dihiasi dengan kata-kata aluan para agamawan yang terkenal di tanah air.
Namun apakah semua itu menjanjikan buku tersebut menyampaikan ilmu yang benar? Tidak semestinya.
Salah sebuah buku yang dimaksudkan ialah “Amalan Sunnah Selepas Solat dan Kelebihannya”. Penelitian, kajian dan analisa mendapati ia mengandungi banyak
kesalahan, sebahagiannya kelihatan seolah-olah disengajakan.
Buku di tangan anda sekarang ini membuktikan apa yang disebut di atas. Jangan sekadar mempercayai kata-kata di belakang buku ini, sebaliknya semaklah 36 kritikan yang
terkandung di dalamnya. Nescaya anda akan temui kritikan yang memeranjatkan.
Assalamu’alaikum,
Alhamdulillah, suka cita diumumkan terbitan 4 buku yang baru:
================== Judul:
Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah.
Penulis: Syaikh Murad Syukri
Penterjemah: Badrul Hisham bin Sulaiman.
Pengulas: Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)
Harga: RM13.00, 189 mukasurat.
Sinopsis:
Terdapat banyak anggapan konon Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah memiliki aqidah dan fiqh yang aneh, bahkan menyesatkan. Akan tetapi persoalannya, ada ia memang begitu atau semata-mata fitnah oleh
orang-orang yang jahil dan dengki?
Buku ini menyenaraikan 17 fitnah yang paling masyhur dilontarkan terhadap beliau, diikuti dengan jawapan yang tuntas lagi padat bagi menjawab setiap satu daripada fitnah tersebut. Antara fitnah
yang dimaksudkan ialah persoalan alam ini sediakala, tuhan memiliki batasan, tuhan berjisim, neraka akan binasa, tuhan duduk di atas belakang nyamuk, tiada kiasan (majaz) dalam bahasa arab, talak
3 hanya jatuh 1 dan larangan menziarahi kubur Nabi.
Assalamu’alaikum,
Alhamdulillah, suka cita diumumkan terbitan 2 buku yang baru:
==================
Judul: 10 Ciri al-Hafiz Cemerlang.
Penulis: Badrul Hisham bin Sulaiman.
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru (07-2351602)
Harga: RM20.00, 196 mukasurat.
Sinopsis: Buku ini menerangkan ciri-ciri yang sepatutnya dimiliki oleh seorang penghafaz al-Qur’an. Ia ditulis bukan sahaja khusus untuk para pelajar tahfiz tetapi juga untuk seorang hafiz
yang sudah agak “berkarat” hafalannya dan orang awam yang ingin menghafal dan mengamalkan al-Qur’an.
Assalaamu`alaikom warohmatullahi wabarokaatuh...
Di umumkan buku baru tulisan Akh Mohd Yaakub Mohd Yunus:
JUDUL: Persiapan Menghadapi Kematian
Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Penerbit: Karya Bestari Sdn Bhd
Pengulas: Jami'ah Shukri
KEMATIAN adalah perkara yang pasti, tanpa mengenal bangsa, kedudukan dan kekayaan, cuma ajal maut itu tidak diketahui bila waktunya hanya tuhan maha mengetahui dan ia berlaku dengan pelbagai cara
sama ada disebabkan menghadapi sesuatu penyakit, kemalangan atau kematian mengejut. Tiada siapa boleh melarikan diri daripada menghadapi kematian dan mereka tidak mempunyai kuasa untuk
mempercepat atau menangguhkan.
Assalamu’alaikum,
Alhamdulillah, sukacita diperkenalkan terbitan beberapa buku baru: 1. Tajuk: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah.
Pengarang: Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus.
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.
Harga: RM20.00 (352 mukasurat)
Di Mana: Kedai-kedai buku yang biasa menjual penerbitan Jahabersa atau pesan terus dengan menghubungi penerbit di talian 07-2351602.
Sinopsis ringkas:
Buku ini mengupas 18 persoalan yang lazim ditanya atau dibicara tentang thaharah. Maksud thaharah di sini merangkumi jenis-jenis air, wudhu’, mandi hadas dan tayamum. Contoh persoalan
yang dikupas ialah wajibkah wudhu’ ketika tawaf?, wujudkah air mustakmal?, Adakah tidur membatalkan wudhu’?, Bolehkah sekadar menyapu tudung sebagai ganti menyapu kepala (bagi
muslimah) ketika berwudhu’? dan pelbagai lagi.