HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Pengumuman lain
Pengumuman lain
Ruangan baru di laman PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Tuesday, 26 January 2010

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Buat pengetahuan semua, beberapa ruangan baru telahpun di tambah dalam laman ini seperti berikut:

1. Majalah i - Penulisan Kreatif: memuatkan penulisan cerpen yang dikeluarkan di ruangan Majalah-i

2. Pa&Ma - Soal Jawab: memuatkan satu lagi soal jawab antara Kapten dan pembaca majalah Pa&Ma. 

Seperti ruangan Soal Jawab dan Mutiara Do'a yang di petik dari Majalah Dara.com, Soal Jawab dari Majalah Pa&Ma juga tidak di lampirkan di ruangan Utama laman ini. Di harapkan para pembaca budiman dapat melayari menu di atas bagi melayari ruangan-ruangan ini. Diingatkan bahawa ruangan-ruangan ini memuatkan penulisan bulanan, maka diharap para pembaca sekalian dapat sentiasa kembali ke ruangan-ruangan tersebut bagi membaca perbincangan mutakhir yang dilampirkan.

Semoga mendapat manfaat daripada laman ini.

 

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

 

 

 

Be first to comment this article | Add as favourites (23) | Quote this article on your site | Views: 310

 
e-Buku: Amalan-Amalan di Bulan Ramadhan PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Thursday, 05 November 2009

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan satu e-buku baru  bertajuk Amalan-Amalan di Bulan Ramadhan yang memuatkan artikel-artikel penulisan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah serta rakan-rakan tentang amalan-amalan di bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan Syawal telah dimuat naik. Sila layari laman e-buku untuk sama-sama mengkaji dan menganalisa amalan-amalan tersebut.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

 

 

Be first to comment this article | Add as favourites (25) | Quote this article on your site | Views: 281

 
e-Buku: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 28 October 2009

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan satu e-buku baru bertajuk Beberapa Persoalan Lazim Tentang thaharah karangan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus dan semakan oleh Tuan Hassan Tuan Lah telah dimuat naik ke laman ini. Seperti yang di war-warkan pada tajuk, buku ini membincangkan beberapa persoalan yang biasa dan kurang biasa di tanya oleh umum. Perbincangan dalam rangka menjawab persoalan dilakukan dengan jelas dan merangkumi semua aspek berpandukan kepada rujukan yang sahih dalam bab Thaharah.

 Sila layari laman e-buku untuk sama-sama bertanya dan menjawab tentang Thaharah.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

 

 

Be first to comment this article | Add as favourites (30) | Quote this article on your site | Views: 424

 
Dua e-Buku Baru PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Thursday, 01 October 2009

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan kepada pembaca budiman dua e-buku baru telah dimuat naik seperti berikut:

1) The Approach to Resolve Contradictory Prophetic Traditions

E-buku ini membincangkan percanggahan yang terdapat dalam sunnah Rasulullah sallallaahu`alaihi wa sallam.Ia dibahagikan kepada dua bahagian. Seperti biasa, adalah menjadi kewajipan bagi mana-mana perbincangan ilmiah untuk mempastikan pembaca benar-benar faham subjek yang menjadi perbincangan. Lalu bahagian pertama membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan percanggahan dalam sunnah dan adakah percanggahan itu benar-benar ujud. Setelah kita memahami perkara ini, kemudiannya penulis membawa perbincangan selanjutnya kepada 20 contoh 'percanggahan'. Menariknya, kita dibawa untuk sama memahami langkah demi langkah bagaimana 'percanggahan' itu terjadi hinggalah kepada peleraian kepada 'percanggahan' tersebut. 

2) Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah Wahabiyah - 73 Penilaian Semula ke atas Penilaian Zamihan Mat Zin al-Ghari
 
E-Buku kedua ini pula membentangkan apa yang dipanggil sebagai 'jenayah ilmiah' yang telah dilakukan oleh seorang penulis lain. Penulis membawa pembaca untuk menilai semula kefahaman dan penilaian penulisan penulis lain tersebut dengan membariskan 73 penilaian, yang mana perbincangan dilakukan secara berasingan, dibahagikan mengikut bab-bab tertentu. Alhamdolillah penyampaian perbincangan amat mudah difahami kerana penyampaian dan bahasa yang mudah dugunakan.
 
Sila layari laman e-Buku untuk mula mengambil manfaat daripada kedua-dua e-Buku ini.
 
Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

 

Be first to comment this article | Add as favourites (27) | Quote this article on your site | Views: 548

 
eBuku Baru:Apakah Jihad Di Jalan Allah PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Monday, 10 August 2009

Assalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh

Dimaklumkan bahawa siri buku Apakah Jihad Di Jalan Allah (Buku 1 & 2) karangan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah telah dimuat naik dalam format pdf. Buku bersiri ini tidak lain (sepertimana ulasan penulis) adalah bertujuan untuk membincangkan "...satu bab yang tersangat penting di dalam syari'at Islam yang telah dilupa atau disalah ertikan".

Buku 1 memperkenalkan 'jihad di jalan Allah' dengan memulakan perbincangan tentang definisi jihad dan kepentingannya di dalam Islam. Dalam ruang lingkup definisi, juga di sertakan beberapa istilah lain yang berkaitan dengan jihad. Kemudian buku ini membawa kepada perbincangan tentang keutamaan jihad dan kemuliaan para mujahid sepertimana yang disebut dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. Sebelum meneruskan perbincangan tentang jihad kepada hukum-hukum dan syarat-syarat nya melalui buku 2, buku 1 mengakhiri perbincangan awal dengan memperbetulkan beberapa salah faham tentang amalan jihad.

Buku 2 kemudiannya meneruskan perbincangan dengan mengemukakan hukum-hukum serta syarat-syarat untuk melakukan jihad. Perbincangan tentang hukum dan syarat dilakukan secara terperinci, dengan harapan jihad tidak akan lagi disama-ertikan dengan terorism yang ditkuti dan dikecam umum sebagaimana yang difahami khalayak terutama golongan bukan Islam kini.

Sila layari laman e-Buku untuk mula memahami semula erti jihad sebenar.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh

Be first to comment this article | Add as favourites (36) | Quote this article on your site | Views: 960

 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 terhadap 26
 
 

Statistik

296,640Visitors:
79Visitors today:
643Visitors yesterday:
193.02Visitors per day: Ø
1,486,547Page views:
919Page views today:
2,321Page views yesterday:
967.27Page views per day: Ø
5.01Page views per visitor: Ø
2,199Page views this page:
1Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
932Max. visitors per day:
2009-08-21at (date):
7,287Max. page views per day:
2008-12-26at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.