Mutiara Doa: Doa Kepada Orang Yang Memberi Kita Makan dan Minum. <!--[if !supportLists]-->1.
<!--[endif]-->Apabila seseorang memberikan kita makan dan minum, kita doakan dia:“Ya Allah! Berilah ganti makanan kepada orang yang memberi makanan kepadaku dan berilah ganti minuman kepada orang yang
memberi minuman kepadaku.” [Shahih Muslim, no: 2055] <!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Apabila kita menjadi tamu kepada tuan rumah yang menghidangkan makan dan minum, kita doakan dia:“Ya Allah! Berkatilah mereka pada apa yang Engkau rezekikan mereka, ampunilah mereka dan rahmatilah
mereka.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2066] <!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Apabila kita menjadi tamu kepada tuan rumah yang menghidangkan juadah berbuka puasa, kita doakan dia:“Telah berbuka orang-orang yang berpuasa di rumah kamu, telah makan makanan kamu oleh orang-orang yang baik, dan para
malaikat ikut serta berdoa ke atas kamu.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 3854]
Mutiara Doa: Doa Berbuka Puasa.“Telah hilang rasa dahaga dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap, insya-Allah.”
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2066]
Beberapa pengajaran doa: <!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Apabila Rasulullah
s.a.w. berbuka puasa, beliau membaca doa di atas. Maka ia merupakan sebaik-baik doa untuk kita amalkan ketika hendak berbuka. <!--[if
!supportLists]-->2.
<!--[endif]-->Apabila sudah bersiap sedia di hadapan jamuan berbuka, Islam tidak mahu memberat-beratkan umatnya dengan doa yang panjang atau rumit. Maka memadai dengan
doa yang ringkas di atas. <!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Doa ini dibaca secara
berseorang, masing-masing membacanya sendirian. Ia tidak dibaca beramai-ramai di kalangan sahabat atau ahli keluarga yang hendak berbuka. Boleh membacanya dengan mengangkat tangan atau tanpa
mengangkat tangan.
Mutiara Doa: Doa Keampunan Kepada Ibubapa.“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang
beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Surah Nuh, ayat 28]Beberapa pengajaran doa: <!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Rasulullah s.a.w. pernah menerangkan keutamaan mendoakan keampunan kepada ibubapa:Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang shalih di syurga, lalu dia bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan
ini?” Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.” (Musnad Ahmad, no: 10610 dengan sanad yang hasan). <!--[if !supportLists]-->2.
<!--[endif]-->Doa di atas boleh dibaca pada bila-bila masa, termasuklah selepas solat.