“Lagha! Sia-sia! Melekakan umat dari dalil, hujah dan ajaran agama yang
sebenar.”
Effendi berhujah dengan dirinya sendiri dengan penuh rasa geram. Semangat. Dia
memang tidak bersetuju dengan pensyarahnya, Dr. Najwa yang ketika itu sedang menganjurkan para pelajar untuk memanfaatkan cuti semester untuk menulis cerpen.
“Jika semua pendukung sunnah terjun ke bidang cerpen dan novel, nescaya
berlakulah fitnah ke atas dakwah sunnah. Bumi Malaysia akan kembali ke arah agama yang kurafat, tahayul, super mazhab, mega tareqat dan hizbiyah.” Dia berhujah lagi kepada dirinya, sambil
mengangguk-angguk.
“Woi Hisyam! Anta termenung apa tu?” bisik Effendi kepada rakan
yang duduk di sebelahnya.
“Ustazah Najwa tu….ana rasa kalau dia pakai contact lens tentu lagi
comel. Dia pakai cermin mata tu…entahlah…nampak macam nerd. Macam prof lughatul ‘arabiyah kita yang dah senja tu” balas Hisyam yang sejak awal khusyuk memandang Dr.
Najwa. Bukan sejak awal kuliah, tetapi sejak awal semester apabila Dr. Najwa ditugaskan mengajar subjek Usuluddin kepada pelajar tahun dua itu.
“Kapten! Jika kapten
sakit, sanggupkah kapten berjumpa dengan seseorang yang menjadi doktor semata-mata dengan membaca buku? Atau sanggupkah kapten melalui pembedahan dengan doktor bedah yang hanya membaca
buku?”
“Ahaa! Soalan yang
menarik! Kesimpulan yang akhi hendak tanyakan ialah, bolehkah seseorang itu membicara isu agama semata-mata berdasarkan pembacaan buku?”
“Tepat sekali
kapten!”
Maksud soalan dapat saya tangkap dengan mudah kerana ia bukan kali pertama diajukan. Kali ini ia ditanya oleh seorang pelajar jurusan
medic dalam sesi soal-jawab kuliah saya beberapa ketika yang lalu. Sesi soal-jawab merupakan bahagian yang paling saya gemari ketika memberi kuliah. Para hadirin berhak bertanya apa saja yang
mereka inginkan sementara pihak penceramah tidak dapat membuat persiapan awal apa yang hendak dijawab. Berbeza semasa sesi penyampaian, penceramah telah membuat persiapan awal. Selain itu
soalan juga dilontar dalam pelbagai format, sinis, provokatif, ingin tahu, ingin menunjukkan dia lebih tahu dan pelbagai lagi kemungkinan yang jumlahnya seramai hadirin yang ingin bertanya.
Dalam suasana pelbagai format itu, penceramah hendaklah tetap tenang dan hikmah dalam merangka format jawapan. Menjawab jika mengetahui, menangguh jika tidak, hikmah jika provokatif, tajam jika
sinis. Memberi perhatian jika yang bertanya benar-benar ingin tahu, ucapkan terima kasih jika yang bertanya ingin menunjuk dia lebih tahu.
Peristiwa pengeboman dua buah hotel mewah di Jakarta beberapa bulan yang lalu menjadi fokus saya kali ini. Berita-berita perdana pantas menyandarkannya sebagai aksi terror daripada kalangan
terroris Islam. Umat bumi secara umum, umat Islam secara khusus segera mengangguk kepala tanpa berfikir panjang.