Saya mempunyai sepasang cahaya mata (lelaki dan perempuan) yang berusia lapan dan empat tahun. Anak lelaki saya mempunyai karektor yang amat aktif dan lasak begitu
juga dengan anak perempuan yang sedang meningkat ke alam gadis sunti. Kedegilan mereka kadang kala mencabar kesabaran saya sebagai ibu. Saya tidak mahu terlalu memarahi mereka tetapi jika tidak
berbuat demikian mereka akan ‘naik kepala’. Jadi apakah kaedah terbaik mengikut ajaran Islam untuk seorang ibu amalkan bagi mendidik anak-anak mendengar kata dan tidak
degil?
Ibu runsing, Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.
Jawapan:Anak-anak, berapa pun umur mereka, amat ingin perhatian daripada kedua-dua ibubapa mereka. Kerap kali
anak-anak pada zaman perlumbaan harta dan kedudukan masa kini tidak mendapat perhatian ibubapa kerana ibubapa sibuk berkerja dari awal pagi hingga lewat malam. Waktu berkualiti sekali sekala
hanya diperolehi pada hujung minggu dan hari cuti umum. Adapun pada hari-hari lain, anak-anak terbiar di bawah didikan ibu angkat, iaitu pekerja warga asing yang berkerja di pusat penjagaan
kanak-kanak atau sebagai pembantu rumah.
Saya baru melahirkan anak ketiga. Jarak antara setiap orang anak adalah setahun seorang.
Saya bercadang untuk mengamalkan perancangan keluarga tetapi saya agak was-was. Apakah perancangan keluarga dibenarkan dalam Islam? Zaitun, Subang Jaya.
Jawapan:
Perancangan keluarga dibolehkan dalam Islam berdasarkan hadis berikut, daripada Jabir bin
Abdullah: “Kami mempraktikkan azal pada zaman Rasulullah saw. Perkara ini disampaikan kepada Nabi saw dan baginda tidak melarangnya.” [Shahih Muslim, no:
1440-2]
Interview Majalah Pa&Ma Okt 2009 - Marah: Usah Jadikan Anak Sebagai Mangsa.
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Thursday, 10 December 2009
Pa&Ma: Kemarahan manusia memang sukar dikawal. Bagaimana cara terbaik mengawal rasa
marah terutama di kalangan ibubapa muda?
Semua orang ada sikap marah, hanya kadarnya yang berlainan antara sedikit atau banyak, cepat atau lambat. Marah itu
sendiri terbahagi kepada dua, marah kerana faktor agama dan marah kerana faktor peribadi. A’isyah r.a., isteri Rasulullah s.a.w. menerangkan:“Baginda tidak pernah merasa dendam kerana disakiti (hatinya) lalu membalas kepada orang
yang menyakitinya kecuali jika hal itu merupakan pelanggaran terhadap larangan Allah (di mana) Rasulullah s.a.w. akan membalas kerana Allah ‘Azza wa Jalla semata-mata.”
[Shahih Muslim, no: 2328]