Assalamualaikum warahmatullah,

Berikut pengenalan dan ulasan ringkas beberapa koleksi menarik yang terbaru di kedai “Pustaka Indonesia” sempena November ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kedainya di 03- 2698 1742 yang terletak di Wisma Yakin, Jln. Masjid India, Kuala Lumpur.

Saya mulakan dengan beberapa kitab klasik yang baru diterjemahkan:

[1] Amalan Seumur Hidup: Meneladani sikap, perbuatan dan ibadah Rasulullah s.a.w.

Tajuk asal: ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah”

Pengarang: Imam al-Nasai (303H)
Penerbit: Sahara Publishers, Jakarta 2003.
Bentuk buku: Saiz besar, 343ms, RM33.80

Ulasan ringkas:

Buku ini dikarang oleh Imam al-Nasai, seorang ahli hadis yang selama ini terkenal dengan kitab “Sunan
al-Nasai.”. Buku ini menghimpunkan segala doa dan zikir Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai perbuatan
baginda dan para sahabatnya.

[2] Rahasia Kematian, Alam Akhirat & Kiamat.

Tajuk asal: al-Tazkirah bi Ahwal al-Maut wa Umur al-Akhirat
Pengarang: Imam al-Qurtubi (671H)
Penerbit: Akbar Media, Jakarta 2003.
Bentuk buku: Saiz besar, Kulit keras, 758ms, RM87.80

Ulasan ringkas:

Inilah buku kedua termasyhur bagi Imam al-Qurtubi. Sebelum ini yang termasyhur ialah kitab tafsir Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Kitab ini menghimpunkan ayat-ayat al-Qur’an, hadis-hadis Nabi, pendapat generasi Salaf dan perbahasan para ilmuan dalam hampir semua perkara yang bermula dari saat kematian sehinggalah ke hari Kiamat.

Rujukan yang amat patut bagi mengetahui pendapat yang paling sahih dalam persoalan azab kubur yang diurusniagakan baru-baru ini.

[3] Meluruskan Tafsir “Bid‘ah”

Tajuk asal: Kitab al-I’tishom
Pengarang: Imam al-Syatibi (790H)
Penerbit: al-Sunnah, Surabaya 2003.
Bentuk buku: Sederhana, 192ms, RM16.80

Ulasan ringkas:

Banyak buku yang membicara bab bid’ah tetapi amat sedikit yang berasal daripada seorang tokoh yang
muktabar. Imam al-Syatibi, yang juga terkenal dengan kitabnya “al-Muwafaqat fi Usul al-Syari’at” telah menyusun sebuah kitab yang amat baik dalam subjek bid’ah ini. Saya pasti para pembaca akan memperoleh kepuasan dalam memahami subjek bid’ah ini apabila mengkaji buku ini.

Edisi terjemahan ini adalah daripada edisi arab yang ditahqiq dan dipermudahkan oleh Syaikh Alwi bin Abd al-Qadir al-Seqaf.

[4] Meniti Jalan Lurus.

Tajuk asal: Iqtidha Sirat al-Mustaqim li Mukhalafat Ashab al-Jahim
Pengarang: Imam Ibn Taimiyyah (728H)
Penerbit: al-Kautsar, Jakarta 2003.
Bentuk buku: Saiz besar, kulit keras, 540ms, RM59.80

Ulasan ringkas:

Rujukan yang penting bagi menerangkan tuntutan syariat dan kepentingan mengidentitikan diri kita sebagai seorang Muslim dan membezakan diri daripada ciri-ciri orang bukan Islam. Ini adalah satu subjek yang tidak diketahui oleh ramai umat Islam, termasuk para ustaz dan cendekiawan.

Edisi terjemahan ini adalah daripada edisi arab yang ditahqiq dan dipermudahkan oleh Syaikh Nashir Abd al-Karim al-‘Aql.

[5] Bahaya Mengekori Non Muslim
Tajuk asal: Mukhtarat Iqtidha Sirat al-Mustaqim li Mukhalafat Ashab al-Jahim
Pengarang: Imam Ibn Taimiyyah (728H)
Penerbit: Media Hidayah, Yogyakarta 2003.
Bentuk buku: Saiz sederhana, 142ms, RM9.80

Ulasan ringkas:

Jika edisi di atas terlalu tebal atau mahal, maka dapatkan edisi ringkasan ini yang diusahakan oleh
Syaikh Muhammad al-Dhabi’iy

[6] Selalu Dituntun Allah: Wali Sejati Menurut Nabi

Tajuk asal: Qathr al-Waliy ‘ala Hadis al-Waliy aw Thariqah ila Wilayat Allah
Pengarang: Imam al-Syaukani (1250H)
Penerbit: Serambi Ilmu, Jakarta 2003.
Bentuk buku: Saiz sederhana, kulit keras, 208ms,
RM22.80

Ulasan ringkas:

Biasa mendengar orang ini mendakwa dia wali Allah ? Atau orang itu mendakwa gurunya wali Allah ? Pernah terfikir apa dan bagaimana sebenarnya seorang wali Allah yang sejati ?

Jawapannya terdapat dalam buku ini. Imam al-Syaukani sebelum ini terkenal dengan kitab syarah hadis-hadis hukum yang berjudul: Nail al-Authar

Sekian buat masa ini, insya-Allah bersambung dengan buku-2 lain. Jika bermanfaat sila forwardkan kepada lain-lain groups dan rakan-2.

Wassalam.