HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Arkib Artikel arrow Kolum arrow Individu & Masyarakat arrow 2007 Tahun Melawat Malaysia..Kecuali Masjid?
2007 Tahun Melawat Malaysia..Kecuali Masjid? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah   
Tuesday, 25 September 2007
Index Artikel
2007 Tahun Melawat Malaysia..Kecuali Masjid?
Halaman 2
Halaman 3
Halaman 4
Halaman 5
Halaman 6
visitmalaysia2007logo.jpgSatu fakta yang tidak dapat dinafikan ialah kehadiran ramai pelancong di negara kita, Malaysia. Kehadiran mereka semakin rancak pada tahun ini (2007) sempena Tahun Melawat Malaysia. Pelbagai tempat yang mereka lawati, dari hutan ke pantai, dari taman ke gua dan dari bangunan pencakar langit ke bangunan bersejarah. Turut dilawati ialah tempat-tempat peribadatan untuk agama Islam, Budha, Kristian dan Hindu. Ini kerana mungkin di negara asal mereka tempat-tempat peribadatan tersebut tidak wujud, sukar untuk ditemui atau tidak memiliki seni bina yang indah.
Akan tetapi di antara tempat-tempat peribadatan tersebut, hanya satu yang agak sukar untuk dilawati. Pelbagai syarat dikenakan dan jika ada kelonggaran sekali pun, ia diberikan dengan muka yang tidak ceria.
masjid.jpgTempat peribadatan yang saya maksudkan ialah masjid. Jika hendak dibanding dengan kuil Budha, kuil Hindu dan gereja Kristian, masjid orang Islam adalah tempat yang paling tidak mesra pelancong. Perkara ini berlaku bukan salah masjid, tetapi salah orang Islam sendiri yang meletakkan pelbagai syarat ke atas masjid. Di antara syarat yang biasa dikenakan ke atas pelancong:
1. Pelancong bukan Islam haram memasuki masjid.
2. Pelancong bukan Islam dalam keadaan junub dan orang junub haram memasuki masjid.
3. Pelancong wanita mungkin dalam keadaan haid dan wanita haid haram memasuki masjid.
4. Pelancong tidak menutupi aurat dan haram memasuki masjid dalam keadaan aurat terbuka.
5. Pelancong sering bersembang-sembang sesama mereka dan haram bersembang-sembang urusan dunia di dalam masjid.
Dalam risalah ini, saya akan menganalisa adakah syarat-syarat di atas sesuatu yang bersumber dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih atau semata-mata ciptaan orang Islam? Hanya saja dalam analisa ini, perbincangan tidak khusus kepada pelancong tetapi umum kepada kaum bukan Islam.

Analisa # 1: Hukum Kaum Bukan Islam Memasuki Masjid.
Hukum bagi kaum bukan Islam memasuki masjid adalah harus. Dalilnya adalah hadis berikut:
بَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْلاً قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ لَهُ ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ. فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ. فَخَرَجَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَطْلِقُوا ثُمَامَةَ. فَانْطَلَقَ إِلَى نَخْلٍ قَرِيبٍ مِنْ الْمَسْجِدِ فَاغْتَسَلَ. ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَقَالَ: أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ.
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengutus pasukan berkuda ke daerah Najd, lalu pasukan itu kembali dengan membawa seorang (tawanan) lelaki dari Bani Hanifah yang (namanya) dipanggil Tsumamah bin Utsal. Mereka mengikatnya di salah satu tiang masjid (di Madinah). Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar kepadanya dan berkata: “Lepaskanlah Tsumamah.”
(Selepas dilepaskan Tsumamah) pergi ke kebun kurma yang berdekatan dengan masjid dan mandi. Kemudian dia memasuki masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 462 (Kitab al-Solat, Bab mandi apabila masuk Islam…)].
Berdasarkan hadis di atas, Tsumamah bin Utsal asalnya adalah orang bukan Islam. Para sahabat yang menawannya mengetahui hal ini, namun mereka tetap mengikatnya di salah satu tiang masjid. Ini menunjukkan orang bukan Islam boleh memasuki dan berada di dalam masjid.

 
< Prev
 
 

Statistik

400,322Visitors:
423Visitors today:
611Visitors yesterday:
233.76Visitors per day: Ø
2,098,220Page views:
3,054Page views today:
4,318Page views yesterday:
1,225.24Page views per day: Ø
5.24Page views per visitor: Ø
1,435Page views this page:
12Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:

MENJAWAB FITNAH

Satu ruangan khas (menu utama) telah dibina bagi menjawab kekeliruan yang timbul disebabkan salahfaham terhadap perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Sehubungan dengan itu, para pembaca budiman diharap dapat memaklumkan sebarang kenyataan atau perbincangan yang mngelirukan melibatkan perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus samaada secara terus kepada beliau atau kepadapengendali laman. Harap maklum dan terima kasih.
 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.