HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Arkib arrow Soal Jawab Agama arrow Individu & Masyarakat arrow Masalah Tinggal Bersama Mak Mertua.
Masalah Tinggal Bersama Mak Mertua. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 03 October 2007

Assalamualaikum,

Saudara Hafiz, saya ingin menanyakan sedikit persoalan, mengenai masalah yang dihadapi oleh kawan saya (S).

S telah berkahwin dengan seorang gadis, di mana perkahwinan ini tidak mendapat restu ibunya. Tetapi perkahwinannya mendapat restu bapanya dan segala urusan perkahwinan diuruskan oleh bapanya . Akhirnya ibu dan bapa S telah bercerai. Perkahwinan beliau telah mengguriskan hati ibunya sehingga kini. S telah pun beberapa kali memohon maaf atas kesalahan tetapi ibunya hanya menangis.

Setelah berkahwin, ibu S berhajat agar S dapat tinggal serumah dengannya. Isteri S walaupun berat hati (takut tidak serasi) telah bersetuju untuk tinggal serumah dengan mertuanya sekiranya dengan cara itu dapat memuaskan hati ibu S dan akan menghasilkan keredhaan ibu S terhadap suaminya.Tetapi S masih berasa berat hati untuk membawa isteri dan anaknya tinggal bersama ibunya kerana takut timbul kebencian ibunya terhadap isterinya dan takut isterinya tidak dapat memenuhi segala kehendak ibunya. Ini kerana ibu S seorang yang amat cerewet dan mahukan kesempurnaan dalam setiap perkara. Ibunya tidak suka kepada orang yang lambat/lembab dan selalu sakit-sakit. Ibunya juga tidak berapa suka sekiranya seorang isteri mengharapkan bantuan suami dalam menguruskan rumahtangga.

Isteri S bukan seorang yang pemalas tetapi selepas melahir anaknya, dia mengalami sakit sendi yang menyebabkan dia agak lambat dalam pergerakan, tidak pantas dalam menguruskan rumahtangga, tidak boleh berdiri terlalu lama dan juga tidak boleh kena air sejuk serta perlu banyak berehat. Ini menyebabkan dia tidak dapat menguruskan rumahtangga dengan sempurna dan S perlu sedikit-banyak menolong isterinya dalam menguruskan anak-anak dan kerja rumahtangga.

S takut keadaan isterinya akan menimbulkan kemarahan ataupun ketidakpuasan hati ibunya terhadap isterinya. Maklumlah isteri S tidak dapat bergerak cergas dan melakukan urusan rumah tangga dengan sempurna seperti yang dimahukan oleh ibunya.

Sebelum ini, S pernah membawa isterinya bermalam dan tinggal beberapa hari di rumah ibunya tetapi selalunya berakhir dengan rasa ketidakpuasan hati ibunya terhadap isterinya. Tentunya kerana tidak puashati dengan ketidaksempurnaan isterinya dalam menguruskan rumahtangga. Dan ini menyebabkan isterinya mengalami tekanan perasaan . Untuk memuaskan hati ibu S , isterinya terpaksa berlagak sihat dan menyembunyikan kesakitan, tetapi hal itu hanya boleh bertahan sementara sahaja.

Ibu S memang mengetahui tentang kesakitan yang dialami oleh isteri S tetapi beliau seolah tidak dapat menerima kenyataan itu dan menganggap isteri S hanya berpura-pura sakit . Bagi beliau, tidak sepatutnya seorang wanita yang masih muda mengalami sakit-sakit badan sehingga boleh menjejaskan urusan rumahtangga.

Apakah yang harus S lakukan sekarang. S amat mengharapkan keampunan ibunya dan sedapat mungkin cuba memenuhi permintaan ibunya tetapi S takut keputusan membawa isterinya tinggal serumah dengan ibunya yang pada mulanya untuk mendapat keredhaan ibunya hanya akan berakhir dengan ketidakpuasan hati ibunya. Selain dari itu S juga memikirkan akan tekanan perassan yang mungkin akan dihadapi oleh isterinya apabila tinggal serumah dengan ibunya.

Dalam situasi sekarang, yang mana lebih afdhal untuk S lakukan, samaada tinggal serumah ataupun tinggal berasingan dengan ibunya ?

Jawab HF:

Wa’alaikumussalam warahmatullah,

Tinggal serumah dengan keluarga mertua lazimnya akan menimbulkan pergeseran, yang membezakannya ialah sekecil mana atau sebesar mana pergeseran tersebut dan apakah usaha yang dilakukan oleh masing-masing pihak untuk menguranginya.

Zahir keterangan di atas tidak menunjukkan telah berlakunya perbincangan dan dialog secara bersemuka antara ketiga-tiga pihak: S dan isterinya dan ibunya.

Dalam hal ini saya berpendapat S, sebagai seorang anak lelaki dan suami perlu memainkan peranan utama berusaha untuk mengurangkan pergeseran.

Sebagai seorang anak lelaki, S perlu berterus terang kepada ibunya tentang beberapa cabaran yang dihadapi oleh isterinyanya jika dia (bersama isterinya) akan tinggal serumah bersama ibunya. Berterus terang di sini bermaksud menerangkan segala punca pergeseran, daripada menegur dengan hikmah sikap ibu yang cerewet sehinggalah menceritakan secara jujur masalah isteri yang mengalami sakit sendi.

Di waktu yang sama isteri S juga perlu berterus terang kepada ibu S. Ini mungkin sukar tetapi sekali cuba akan membuahkan hasil yang berpanjangan. Jika ibu S benci kepada isteri S, dia akan benci kepada S juga dan tidak akan memintanya tinggal serumah.

Adakalanya sikap orang tua mereka mahu menantu mereka hormati mereka, menghiburkan mereka, rapat kepada mereka dan boleh bergaul mesra. Akan tetapi sebagai orang tua, lazimnya mereka mahu menantu yang buat langkah pertama dan bukannya mereka. Sikap menantu yang malu-malu atau berdiam diri akan ditafsirkan sebagai sombong, tak mahu berkawan dan sebagainya. Oleh itu isteri S perlu memberanikan diri mengambil langkah pertama dengan mencari jalan bermesra-mesraan dengan ibu S. Belikan hadiah, masak lauk istimewa, talifon tanyakan khabar, tanya petua rawat sakit sendi dan sebagainya adalah antara jalan langkah yang pertama.

Yang afdhal bukanlah tinggal serumah atau berasingan, tetapi ketiga-tiga pihak dapat saling bersemuka dan berterus terang antara satu sama lain ke arah keharmonian sekeluarga.

Wassalam.


Add as favourites (205) | Quote this article on your site | Views: 8899

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

1,289,925Visitors:
563Visitors today:
731Visitors yesterday:
426.06Visitors per day: Ø
6,642,344Page views:
2,622Page views today:
3,067Page views yesterday:
2,193.97Page views per day: Ø
5.15Page views per visitor: Ø
6,264Page views this page:
1Your own page views:
max.
954Max. online:
2011-06-15, 20:00:06at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.