HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Koleksi Artikel arrow Soal Jawab Agama arrow Bersanding dan Menabur Beras Kunyit.
Bersanding dan Menabur Beras Kunyit. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 03 October 2007

Assalamualaikum,

Ana ada sedikit kemusykilan berhubung dengan cara pelaksanaan kenduri
perkahwinan yang biasa dijalankan oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini.
Ana ada membaca tentang kaedah yang dianjurkan oleh Islam. Namun yang menjadi
kemusykilan adalah adakah perarakan pengantin, mengadakan pelamin, persandingan
tanpa tepung tawar dan menjaga aurat yg sebenar juga tidak dibenarkan dalam
Islam? Harap ada di kalangan netters yang boleh memberi bantuan berhubung
perkara ini.Wassalam.

Jawapan HF:

Wa’alaikumussalam warahmatullah,

Perarakan, pelamin dan persanding yang dilarang ialah apabila pasangan pengantin melakukan beberapa perkara yang dilarang oleh Islam seperti membuka aurat, bersolek, menunjuk-nunjuk kemewahan pakaian, barang kemas dsbgnya. Ia juga termasuk dalam kategori membazir.

Jika pasangan pengantin berpakaian seperti kebiasaan asalkan kemas dan menutup aurat dan maka tidak ada salahnya untuk bersanding. Ianya adalah sepertimana orang biasa berpakaian kemas dalam kehidupan harian mereka ke pejabat, majlis dsbgnya.

Tepung tawar dan tabur beras kunyit adalah dari budaya hindu dengan kepercayaan ianya dapat menyelamatkan pasangan drpd sebarang nasib buruk atau gangguan makhluk halus. Ia sekarang ini menjadi adat kebiasaan masyarakat melayu tanpa mengetahui sebab-sebab di belakangnya. Mereka melakukannya bukan kerana memohon perlindungan tetapi sebagai menyerikan majlis.

Justeru hukumnya adalah haram jika dilakukan sebagai satu cara memohon perlindungan, harus jika ia adalah sekadar penyeri majlis tanpa apa-apa maksud lain di sebaliknya.

Diketahui bahawa sesetengah pihak melarang hal-hal di atas kerana ia bukan berasal dari budaya Islam. Hal ini diakui namun perlu diingatkan bahawa Islam tidak melarang sebarang adat dan budaya selagi ia tidak mengandungi unsur-unsur haram di dalamnya.

wassalam.


Add as favourites (47) | Quote this article on your site | Views: 1303

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

110,568Visitors:
48Visitors today:
328Visitors yesterday:
100.26Visitors per day: Ø
561,891Page views:
372Page views today:
2,154Page views yesterday:
509.52Page views per day: Ø
5.08Page views per visitor: Ø
221Page views this page:
129Your own page views:
max.
60Max. online:
2008-10-12, 20:56:00at (date):
724Max. visitors per day:
2008-10-13at (date):
7,287Max. page views per day:
2008-12-26at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.