HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Pembinaan negara PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Wednesday, 03 October 2007

Berikut ialah beberapa kemusykilan saya:

1. Adakah kita kena tumpukan pada pembetulan solat dan akhlaq (bab iman dan amal) dulu tanpa memikirkan konsep dan usaha-usaha ke arah penegakan/mengoperasikan negara Islam?

Jawapan THTL:

Ini adalah konsep sami atau rahib. Dalam Islam: tasyri' kamil atau syari'at telah lengkap sempurna. Konsep yg betul ialah: perbetulkan solat anda dan tegakkan daulah Islam serentak.

-------------

2. Adakah di kalangan umat Islam Malaysia tiada segelintir pun yg mencapai tahap solat dan akhlaq yang dikehendaki, termasuk di kalangan ulamak yg ada?

Jawapan THTL:

Akan sentiasa ada segolongan umatku yg berjalan di atas hak hingga datang ketentuan Allah. (al-hadis)

--------------


3. Berapakah bilangan muslim apabila tertegakknya negara Islam pertama di Madinah ? (Mungkin lebih menarik kalau dapat cari nisbah yang Muslim berbanding dengan yang non-Muslim)

4. Apakah semua Muslim dalam generasi penegak negara Islam pertama di Madinah itu sama dari segi kualiti solatnya, akhlaq dllnya ? (Saya pernah terdengar/terbaca ttg terminologi 'kibaru sahabah' yg diberikan kepada sahabat-sahabat utama, benarkah ?)

5. Berapa ramaikah Muslim yg berkualiti ini diperlukan untuk menanam asas pemerintahan/negara Islam (Mungkin nisbah sahabat-sahabat utama berbanding dengan sahabat biasa signifikan?)

6. Apakah perbezaan suasana (keluasan geografi dan kemudahan logistik) sekarang dan pada zaman Rasulullah saw ada signifikannya dalam membahaskan tentang proses menegakkan negara Islam ini ?

 

Jawapan THTL:

Rumusan soalan 3-6:

Isu-isu yang dibangkitkan di atas adalah isu mainan politik semasa yang dimainkan oleh orang-orang politik yang berdolak dalik dalam usaha menegakkan Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan bernegara. Isu ini dibangkitkan kerana mereka ingin mengekalkan konsep negara yg diterima dari penjajah; sebuah negara sekuler dan Islam hanya sebagai agama peribadi dan hal-hal kekeluargaan sahaja.

Sebenarnya sistem Islam boleh dilaksanakan dalam sebuah kampung sekangkang kera atau bila ada tiga orang keluar musafir. Yang sebenarnya, kita hendaklah menegakkan Islam secara syumul dan kamil dalam setiap kesempatan, baik islam sebagai majoriti atau minoriti. Jihad adalah senjata untuk melaksanakan semua itu tanpa mengira jumlah orang Islam, bilangan mereka yang beriman dan bersolat, dsbnya.


Add as favourites (93) | Quote this article on your site | Views: 2552

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

396,908Visitors:
48Visitors today:
549Visitors yesterday:
232.55Visitors per day: Ø
2,065,002Page views:
268Page views today:
7,153Page views yesterday:
1,209.88Page views per day: Ø
5.20Page views per visitor: Ø
1,197Page views this page:
34Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:

MENJAWAB FITNAH

Satu ruangan khas (menu utama) telah dibina bagi menjawab kekeliruan yang timbul disebabkan salahfaham terhadap perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Sehubungan dengan itu, para pembaca budiman diharap dapat memaklumkan sebarang kenyataan atau perbincangan yang mngelirukan melibatkan perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus samaada secara terus kepada beliau atau kepadapengendali laman. Harap maklum dan terima kasih.
 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.