Makalah
Dara.com
Soal Jawab Agama
Puasa untuk turunkan berat badan | Puasa untuk turunkan berat badan |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Wednesday, 14 January 2009 | ||||
|
Soal Jawab Agama. Bolehkah saya berpuasa sunat dengan tujuan untuk menjaga berat badan?
Jawapan: Puasa adalah ibadah, maka hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kepada Allah. Ada pun tujuan untuk menjaga berat badan, maka ia dibolehkan asalkan tujuan tersebut tidak menjadi tujuan yang utama. Tujuan utama hendaklah tetap ikhlas beribadah kerana Allah. Ini sebagaimana firman Allah yang membolehkan orang yang pergi menunaikan haji melakukan jual-beli. Asalkan tujuan utama dia pergi menunaikan haji ialah ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk berjual-beli: Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). [ Surah al-Baqarah 2:198] Namun yang lebih baik ialah tidak perlu memikirkan tujuan-tujuan lain dalam rangka melakukan sesuatu ibadah. Ini kerana semua ibadah yang disyari‘atkan oleh Allah memiliki pelbagai manfaat di sebaliknya. Ibadah puasa umpamanya, ia bukan sahaja bermanfaat dari sudut menjaga berat badan tetapi juga bermanfaat dari sudut merehatkan sistem pencernaan perut, menjaga kesihatan, mengawal nafsu, menjimatkan ekonomi dan pelbagai lagi. Apabila seseorang berpuasa ikhlas kepada Allah, dia mendapat pahala dan sekali gus meraih semua manfaat yang terkandung dalam ibadah puasa tersebut, tak kira sama ada dia menyedarinya atau tidak.
Add as favourites (59) | Quote this article on your site | Views: 1197
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
