Arkib Artikel
Ulasan Buku
Abu Iqbal
GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM : Satu Kajian Di Negeri Perlis & Hubung Kaitnya Dengan Malaysia | GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM : Satu Kajian Di Negeri Perlis & Hubung Kaitnya Dengan Malaysia |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Friday, 24 August 2007 | ||||
|
Tajuk : GERAKAN PEMBAHARUAN ISLAM : Satu Kajian Di Negeri Perlis & Hubung Kaitnya Dengan Malaysia
Penulis/Penyelidik : Penerbit : Universiti Sains Malaysia Pengedar :
Kedai Buku Koperatif Berhad
Kajian yang dilakukan oleh Bahagian Pengajian Islam USM ini telah memusatkan peneyelidikan mereka di Perlis kerana hanya negeri inilah yang telah menerima dasar-dasar gerakan pembaharuan ini malah ianya termaktub dalam perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis. Namun begitu pengkajian juga telah dilakukan dengan detail di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Tokoh-tokoh yang berjasa dalam memperjuangkan gagasan pembaharuan di setiap negeri telah di tonjolkan dan kejayaan yang telah dicapai gerakan pembaharuan dalam bidang keagamaan, pendidikan, ekonomi dan sosial (politik) juga telah dihuraikan dengan baik. Sungguh mengkagumkan juga bahawa pendahulu kita telah berjaya menubuhkan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri seperti Madrasah Alwiah di Perlis, Sekolah Agama al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Islamiyah 'Aliyah di Negeri Sembilan, Madrasah Tarbiah ad-Diniah dan Madrasah Ansarus-Sunnah di Melaka, Berepa buah madrasah di Perak termasuk di Bukit Semanggol (Tempat lahirnya PAS) dan banyak lagi. Kebanyakkan sekolah-sekolah tersebut kini telah ditadbir oleh kerajaan dan mengikut sukatan pelajaran di Malaysia, ada juga yang telah ditutup kerana masalah kewangan dan ada juga yang hanya menjadi pusat pengajian agama secara non formal sahaja. Buku ini telah diolah dengan baik untuk kita mengetahui jerih payah yang telah diharungi oleh pendahulu kita dalam menyebarkan da'wah salafiyah di Malaysia. Sedikit sebanyak kita juga dapat menilai semula beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh pendahulu kita yang menyebabkan terdapat tentangan yang begitu hebat dari golongan tradisional atau kaum tua. ini adalah penting agar kita dapat memperbaiki methodologi da'wah kita supaya kesialapan lama tidak berulang kembali. Di setiap negeri pasukan penyelidik USM telah menemuramah Sahibul Samahah Mufti-Mufti, ketua-ketua di Jabatan Agama, tokoh-tokoh agama setempat dari kalangan kelompok tradisional dan kaum muda. Antara yang agak menarik adalah terserlahnya nama YB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai antara tokoh gerakan pembaharuan di Kelantan. Selain dari itu, dibangkitkan juga satu dokumen penting iaitu "Perisytiharan al-Sunnah : Deklarasi Wujudnya Keluarga as Sunnah" yang telah diserahkan kepada Yang dipertuan Agong pada tahun 1982 sebagai usaha untuk memohon kepada Kerajaan Malaysia agar dapat dilaksanakan manhaj Salafiyah secara bebas di Malaysia sejajar dengan peruntukkan yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia. Namun begitu sehingga hari ini deklarasi tersebut tidak dijawab oleh pihak berwajib. Turut disentuh dalam penyelidikan ini adalah perkara-perkara yang sering dibalahkan oleh kelompok tradisional dan kaum muda seperti Tahlil, Talqin, Marhaban, Zikir secara kuat beramai-ramai selepas solat, Niat Usolli, azan 2 kali pada hari Jumaat, Tawheed asma Wa Sifat dan lain-lain. Kemudiannya diberikan pula pendapat sebenar Imam Muhammad bin Idris as-Syafi'i Rahimahullah Ta'ala atas isu-isu tersebut. Semoga buku ini segera dimiliki oleh semua. Setakat ini sepanjang pengetahuan saya, di Lembah Kelang buku ini boleh didapati di MPH Bookstore di Midvalley dan juga Pertubuhan al-Nidaa' (03-77106900). Sekian Wassalaam ABU IQBAL Add as favourites (111) | Quote this article on your site | Views: 4648
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
