Koleksi Artikel
Kolum
Abu Adam
Hadith and Sunnah-Ideals and Realities | Hadith and Sunnah-Ideals and Realities |
|
|
|
| Ditulis oleh Pengendali Laman | ||||
| Friday, 24 August 2007 | ||||
|
Judul buku: Hadith and Sunnah-Ideals and Realities. Assalamualaikum, Berikut adalah ulasan buku serba ringkas kepada sebuah buku 'Hadith and Sunnah-Ideals and Realities' yang pernah dihantar tetapi disunting semula untuk warga internet yang mungkin berminat mendapatkannya. Buku ini adalah usaha kompilasi 14 buah karangan karya ilmuwan hadis terkenal yang dikumpulkan sepanjang empat dekad yang lalu. Karya yang dimuatkan adalah daripada koleksi pelbagai journal islamik dan kebanyakannya sudah sukar ditemui lagi. Manuskrip-manuskrip asal mungkin cuma terdapat di perpustakaan tertentu di universiti-universiti tertentu. Ada juga manuskrip-manuskrip yang sudah tidak wujud lagi tetapi sempat dipindahkan ke bentuk 'microfilm' sebelum ianya rosak. Koleksi karya-karya yang dimuatkan di dalam buku ini memang telah dipilih khas untuk tatapan pembaca biasa dari golongan non-akademik yang berminat dengan pengetahuan ilmu hadis dan al-Sunnah. Kerana buku ini berbentuk himpunan (kompilasi) karangan-karangan maka topik yang dibawakan tidaklah terlalu mendalam seperti teks akademik. Cuma jumlah karangannya agak banyak dari barisan penulis dan ilmuwan Islam yang meliputi pelbagai cabang ilmu hadis. Bagi mereka yang belum pernah memiliki sebarang buku mengenai subjek hadis dan sunnah saya merasakan buku ini amat sesuai sebagai satu bentuk pengenalan kepada bidang ilmu hadis kerana semua tulisan adalah dalam bentuk esei (karangan) dan tiada sebarang perbincangan mendalam. Subjek perbahasan cuma disentuh secara luaran sahaja namun cukup ilmiah untuk pemahaman pembaca awam. Kesemua esei-esei yang dihimpun merangkumi pelbaga aspek perbincangan ilmu hadis dan sunnah. Kesemua 14 karangan di dalam buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama: i. Origin and Development of Hadith (Asal-usul dan perkembangan ilmu Hadis) Esei-esei yang dimuatkan di dalam buku ini adalah hasil tulisan 11 para ilmuwan Islam antaranya: Zubay Siddiqi Esei-esei adalah hasil kompilasi dan suntingan P.K. Koya. Ada juga beberapa web-site luar negara yang menjual buku ini secara on-line seperti: Semoga ada manfaat. Wassalam Added: Thursday, April 15, 2004 Add as favourites (30) | Quote this article on your site | Views: 827
Only registered users can write comments. Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6 |
||||
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| 25.Sep | |
| 25.Sep | |
| 09.Sep |
