HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Arkib Artikel arrow Ulasan Buku arrow Hafiz Firdaus arrow Koleksi Baru Pustaka Indonesia 2
Koleksi Baru Pustaka Indonesia 2 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Saturday, 25 August 2007

Bersambung kita dengan ulasan beberapa lagi buah buku terbaru di Pustaka Indonesia. Kali ini saya mengulas ringkas beberapa buku yang ada kaitannya dengan bulan Ramadhan ini.

[7] Hadis-hadis Palsu Seputar Ramadhan.

Pengarang: Prof. Dr. Ali Mustafa Yaqub.
Penerbit: Pustaka Firdaus, Jakarta 2003
Bentuk buku: Saiz sederhana, 154ms, RM14.80

Tokoh hadis terkini Indonesia kembali dengan sebuah lagi bukunya yang menarik berkaitan ilmu hadis, kali ini membahas beberapa hadis yang masyhur berkenaan bulan Ramadhan tetapi memiliki darjat sanad yang sangat lemah atau palsu. Termasuk yang menarik ialah perbahasan beliau ke atas pendapat Syaikh al-Albani yang menghadkan Solat Terawih kepada 8+3 rakaat. Dr. Ali Mustafa berpegang kepada pendapat bahawa Solat Terawih tidak memiliki had rakaat yang minima atau maksima (sebagaimana Ibn Taimiyyah).

[8] Adab & Keutamaan Menuju Masjid dan Di Masjid (edisi terjemahan).

Pengarang: Syaikh Said bin Ali bin Wahf al-Qathani
Penerbit: Irsyad Baitus Salam, Bandung 2003
Bentuk buku: Saiz poket, 248ms, RM9.80

Alhamdulillah sempena Ramadhan ini ramai yang mengunjingi masjid menunaikan solat secara berjemaah. Akan tetapi perlu diketahui bahawa terdapat beberapa adab dalam mengunjungi masjid dan mendirikan solat secara berjamaah. Buku kecil ini sangat bermanfaat untuk membantu kita dalam hal ini. Semoga kerajinan kita ke masjid berterusan sekalipun di luar bulan Ramadhan.

[9] Bahaya Lidah: Penyakit Lisan & Terapinya (edisi terjemahan).

Pengarang: Syaikh Said bin Ali bin Wahf al-Qathani
Penerbit: Media Hidayah, Jogjakarta 2003
Bentuk buku: Saiz sederhana, 160ms, RM11.80

Antara akhlak mulia yang kita disiplinkan diri kita dalam bulan yang mulia ini ialah menjaga percakapan
kita, bukan sahaja daripada perkara buruk tetapi juga yang sia-sia. Sebenarnya mendisiplinkan percakapan adalah tuntutan Islam yang wujud secara berterusan, tidak terhad kepada bulan Ramadhan sahaja. Buku ini adalah sumber motivasi yang baik bagi membantu kita mendisiplinkan percakapan kita. Ia memuatkan ayat al-Qur’an, hadis-hadis yang sahih serta nasihat para ilmuan dalam bab percakapan.

[10] Hukum-hukum Wanita Hamil (edisi terjemahan).

Pengarang: Syaikh Yahya Abdurrahman al-Khatib (tesis PHD)
Penerbit: al-Izzah, Jakarta 2003
Bentuk buku: Saiz besar, 207ms, RM22.50

Tidak dinafikan bahawa wanita yang hamil memiliki banyak keistimewaan dari sudut hukum fiqh. Tidak
ketinggalan ialah hukum berkaitan puasa dan menyusukan anak. Buku ini membahas secara ilmiah lagi lengkap segala persoalan yang berkaitan dengan wanita dan kehamilan.

Ia juga mempraktikkan konsep fiqh muqaran (perbandingan mazhab) yang tidak mengenal dinding pemisah antara mazhab-mazhab. Maka secara tidak langsung buku ini akan membuka lembaran baru kepada si ibu dan bapa – menyambut anak yang baru dengan konsep fiqh Islam yang juga baru.

Insya-Allah bersambung, wassalam.


Add as favourites (97) | Quote this article on your site | Views: 2878

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

396,961Visitors:
101Visitors today:
549Visitors yesterday:
232.56Visitors per day: Ø
2,066,014Page views:
1,280Page views today:
7,153Page views yesterday:
1,210.39Page views per day: Ø
5.20Page views per visitor: Ø
1,552Page views this page:
141Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:

MENJAWAB FITNAH

Satu ruangan khas (menu utama) telah dibina bagi menjawab kekeliruan yang timbul disebabkan salahfaham terhadap perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah. Sehubungan dengan itu, para pembaca budiman diharap dapat memaklumkan sebarang kenyataan atau perbincangan yang mngelirukan melibatkan perbincangan ilmu oleh Kapten Hafiz Firdaus samaada secara terus kepada beliau atau kepadapengendali laman. Harap maklum dan terima kasih.
 
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.