HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Utama arrow Kolum Bulanan arrow Pengantin arrow Soal Jawab Munakahat arrow Muzik Ketika Majlis Perkahwinan.
Muzik Ketika Majlis Perkahwinan. PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah   
Thursday, 02 February 2012

Soalan:

Kebanyakan majlis perkahwinan sekarang ini diikuti dengan muzik seperti karaoke dan live band. Adakah ini dibolehkan dalam Islam?

 

Jawapan:

al-Rubayyi’ binti Mu’awwidz bin ‘Afran berkata, Suatu ketika Nabi masuk saat aku membangun mahligai rumahtangga (baru menikah). Lalu baginda duduk di atas tilamku, sebagaimana posisi dudukmu dariku. Kemudian para budak-budak wanita pun memukul rebana dan mengenang keistimewaan-keistimewaan pejuang yang gugur pada saat Perang Badar. [Shahih al-Bukhari, no: 4750]

Dalam hadis di atas, jelas terdapat muzik dalam bentuk memukul rebana dan orang yang menyanyi dengan lirik yang mengingatkan kembali Perang Badar. Akan tetapi para ilmuan Islam sebenarnya berbeza pendapat tentang muzik, seperti berikut:

Pertama: Hukum muzik haram. Kebolehan muzik dalam hadis di atas telah dibatalkan oleh hadis-hadis lain pada akhir hayat Rasulullah. Kedua: Hukum muzik harus berdasarkan hadis di atas dan beberapa yang lain. Ketiga: Hukum muzik haram melainkan sekadar memukul rebana (gendang) sebagaimana hadis di atas. Keempat: Hukum muzik harus selagi mana ia tidak melalaikan orang yang mendengarnya daripada ibadah umpama solat lima waktu.

Di antara empat pendapat di atas, saya mencederungi pendapat keempat. Pun begitu, pengalaman sendiri di kebanyakan majlis perkahwinan mendapati muzik dimainkan terlalu kuat sehingga mengganggu perbualan di antara hadirin. Ini menggagalkan tujuan ke majlis perkahwinan, iaitu saling berkenalan dan mengeratkan silaturahim. Lebih dari itu muzik juga dimainkan oleh DJ atau pemuzik yang tidak handal sehingga ia lebih merosakkan majlis daripada menceriakannya.


Add as favourites (10) | Quote this article on your site | Views: 426

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Statistik

823,465Visitors:
23Visitors today:
735Visitors yesterday:
352.71Visitors per day: Ø
3,816,353Page views:
183Page views today:
4,242Page views yesterday:
1,634.63Page views per day: Ø
4.63Page views per visitor: Ø
405Page views this page:
117Your own page views:
max.
64Max. online:
2009-05-21, 14:45:31at (date):
1,334Max. visitors per day:
2010-08-11at (date):
21,487Max. page views per day:
2010-08-19at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.