Saya ingin bertanya:

1. Pada kurun manakah ilmuan-ilmuan Muslim (Ibn Sina, Ibn Batuta dll) ini mula terserlah?

------------------------------


Jawapan THTL:

Sudah tentu semasa kerajaan dinasti Ummayyah dan Abbasiyah. Buku yg terbaik yg saya boleh syorkan ialah kitab oleh:

Dr As-Siba'iy:

a. Dalam bahasa Arab: 'Min rawa'iq hadharatuna'
b. Dalam bahasa Inggeris: 'Glitters of our civilization'
c. Dalam versi Melayu: Dari kegemilangan tamaddun kita.

Abul Hasan Ali Husni An Nadawi:

a. Dalam bahasa arab: "Maza khasiral 'alam biinhitatil muslimin"
b. Dalam bahasa melayu, Apakah derita alam dengan kemunduran umat Islam.


------------------

2. Dari bacaan saya yang sedikit saya dapat tahu yang contribution mereka cukup unggul dan mencakupi bidang yang luas. Tetapi ada pula yang mengatakan mereka ini hanya memperkembangkan kerja pandita-pandita Yunani silam. Adakah ini fakta sebenar?

Jawapan THTL:

Semasa Islam bangkit, ia meranapkan dua tamaddun besar Barat: Rumawi dan Timur: Farsi. Islam tidak mengambil kerja-kerja pendita, rahib, monk atau padri yang menyentuh soal ketuhanan, ibadah dan adat yang bercanggah dgn Islam. Ini kerana Islam sudah mantap dalam persoalan aqeedah dan ibadah. Islam mengutip yang bersangkutan dgn sains dan teknologi, pertanian, perdagangan, pentadbiran, persenjataan, peperangan, perindustrian dan seumpamanya yg tidak menyentuh keagamaan. Itulah sikap Islam disepanjang zaman hingga kini.

--------------------

3. Jika sememangnya kerja-kerja mereka ini unggul dan original tidakkah mereka bermasalah menghadapi tentangan dari ahli ugama seperti dalam aspek itjihad. Dan, adakah advancement ilmu yang difikir bercanggah dengan agama dan lain, lain?

Jawapan THTL:

Pertentangan antara ahli agama dan ahli ilmu kifayah tidak berlaku dalam Islam. Ia adalah sejarah hitam dalam Renaissance Eropah dimana ahli agama Katholik ditentang oleh ahli sains dan akhirnya lahirlah sekularisme. Permusuhan antara gereja (mesjid) dan sains ini tidak berlaku dalam islam kerana sains mengukuhkan agama (inilah islam).

 

-------------------

4. Jika betul mereka ini atau diantara mereka-mereka ini memperkembangkan ilmu dan kerja-kerja ilmuan kafir yang silam - apakah mereka mendapat tentangan dari pihak Islam?

Jawapan THTL:

Ada ilmuan Islam yg tersasar, terjerat dengan ledakan ilmu dan maklumat, yg akhirnya menjadi Muktazilah, jabariah, mujassimah kerana berlebihan dalam menceduk ilmu dari luar yg menyentuh falsafah dan teologi. Dari penyelewengan ini muncullah aliran majorit dalam islam yg kemudian dikenali dgn ahli sunnah wal jama'ah yg memastikan aliran yg pertengahan dipertahankan walaupun apa zaman yg dilalui umat Islam. Semua aliran yg sesat dan menyeleweng selepas itu dapat dibenteras dgn jayanya.

---------------------

5. Apa faktor-faktor yang membolehkan perkembangan ilmu sebegitu rupa diketika itu?

Jawapan THTL:

Mereka adalah kaum yg merubah diri mereka sebelum Allah merubah nasib mereka. Mereka memiliki ciri-ciri umat yg terbaik yg pernah dikeluarkan untuk manusia, mereka sentiasa menegak makruf, mencegah mungkar dan sentiasa menjadi umat yg mukmin dan muttaqeen. Mereka kaum yg dikeluarkan untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kpd perhambaan kpd Allah. Mereka kaum yg amat cintakan mati, mereka kaum yg berjihad dgn darah dan harta mereka, mereka juga melihat ilmu bukan sebagai kita lihat IPTA atau IPTS, mereka tidak pernah mengkomersilkan ilmu, ilmu untuk jawatan dan cari makan tidak ada dlm kamus mereka.. .....list goes on....