HafizFirdaus.com

  • Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
Sifat 20 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh cikgu rahim   
Wednesday, 12 September 2007

Assalamu'alaikum...w.b.t,

Huraian Sifat 20 itu sendiri berdiri dengan dalil-dalil naqal(dalil yang dipetik dari Al-Quran dan Hadith)...Dan kalau tanpa Sifat 20 itu, bagaimana kita nak jawab kepada anak-anak kecil kita akan soalan "Umi, Siapakah Allah itu..??". Bahkan dinasyidkan, Allah Wujud, Qidam, Baqa.. supaya mudah untuk difahami oleh sikecil. Saya tetap tekankan mengimani Sifat 20 adalah PENTING dalam asas Tauhid.

Jawapan cikgu rahim

Wa'alaikumsalam w.b.t

Saya tidak kata mempelajari sifat 20 tidak penting. Saya hanya mengajak ahli-ahli fikrah berfikir tentang metodologi mempelajari tauhid yang dipelupori oleh Sheikh Abu Hassan `Ali Al-Asy'ari dan Sheikh Abu Hassan `Ali Al-Asy'ari. Kaedah mempelajari tauhid ini adalah kaedah yang baru timbul setelah dunia Islam dipengaruhi oleh ilmu kalam.


Metodologi Al-Qur'an:

Al Quran dengan kaedahnya tersendiri menjawab persoalan siapa Allah?

  • "Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan dia, Yang Mengetahui yang Ghaib
    dan Yang Nyata, Yang Rahman dan Rahim..."
  • Dialah Allah tiada Tuhan melainkan dia, Al Malik, Al Quddus As Salam,Al Mu'min, Al Muhaimin, Al Aziz, Al Jabbar, Al Mutakabbir..."
    (al-Hasyr, ayat akhir)
  • "Katakanlah Dialah Allah Yang maha Esa..."(al ikhlas)
  • "Allah tiada tuhan melainkan dia yang Hayyun Qayyum..."(ayat kursy) dan banyak lagi ayat-ayat Al Quran.


Metodologi ilmu kalam:

Sifat Nafsiah iaitu dari zat itu sendiri, bukan sifat yang menumpang pada zat itu. Sifat ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang menumpang pada diri zat. Menurut Jumhur Ulama' sifat ini menunjukkan kepada zatnya, bukan menunjukkan kepada perkara yang menumpang pada zat.

Sifat `Wujud' dikatakan Sifat Nafsiah ertinya, wujud itu bukan merupakan sifat yang menumpang atau menempel pada Zat Allah s.w.t. akan tetapi Zat Allah s.w.t. itu dengan sendirinya kewujudan Allah. Ataupun Zat Allah dengan Wujud Allah tidak dapat dipisahkan.

Berbeza dengan Sifat Ma'ani seperti Ilmu, kerana sifat ini merupakan sifat yang menempel pada Zat Allah. Ertinya sifat Ilmu itu terpisah dengan Zat Allah. Sebab Allah mengetahui sesuatu dengan Ilmu-Nya, bukan dengan Zat-Nya. Hanya sifat `wujud' sahaja yang termasuk dalam Sifat Nafsiah.

(petikan dr kitab Al-Misbahul Munir)


Saya tidak pernah menghalang mempelajari tauhid dengan kaedah sifat 20 dan saya tidak mencela pun. Cumanya janganlah kita menganggap bahawa itulah satu-satu kaedah mempelajari ilmu tauhid. Kebetulannya majoriti kita di Malaysia mempelajari tauhid dengan kaedah ini.


Add as favourites (45) | Quote this article on your site | Views: 3015

Be first to comment this article
RSS comments

Only registered users can write comments.
Please login or register.

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.6
AkoComment © Copyright 2004 by Arthur Konze - www.mamboportal.com
All right reserved

 
< Prev   Seterusnya >
 
 

Pindah Turun Terkini

25.Sep
Downloads
FileKhawarij Moden
25.Sep
Downloads
FileBahaya Syiah
09.Sep
Downloads
FileSumpah

Statistik

81,023Visitors:
202Visitors today:
383Visitors yesterday:
79.86Visitors per day: Ø
382,288Page views:
1,873Page views today:
1,497Page views yesterday:
376.81Page views per day: Ø
4.72Page views per visitor: Ø
1,125Page views this page:
27Your own page views:
max.
37Max. online:
2008-05-16, 02:17:53at (date):
582Max. visitors per day:
2008-10-06at (date):
5,391Max. page views per day:
2008-01-16at (date):
 
2007-11-13Statistics started:
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 Unported License.