Membongkar Aliran Islam Liberal 

Hafiz Firdaus Abdullah

 

 

Pengenalan

Apakah Islam Liberal

Kenapa Lahir Aliran Islam Liberal?

Bagaimana Manhaj Islam Liberal?

Bahaya Islam Liberal

Tokoh Islam Liberal

Islam Liberal di Malaysia

Pesanan Penulis

 

 

Kandungan

 

 

 

Adakah aliran Islam Liberal wujud di Malaysia?

 

Jika dicermati manhaj aliran Islam Liberal sebagaimana yang penulis senaraikan di atas, mudah untuk dikenal pasti bahawa aliran ini sudah wujud di Malaysia, hanya nama ‘Islam Liberal’ sahaja yang belum wujud. Malah penulis yakin para pembaca sekalian telah dapat mengenali secerah sinaran matahari siapakah tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di Malaysia tanpa perlu penulis menyenaraikan nama-nama mereka. Sekalipun tokoh-tokoh tersebut tidak mengemukakan semua daripada manhaj aliran Islam Liberal yang penulis senaraikan di atas, yakinilah dalam masa-masa terdekat ia tetap akan dikemukakan secara bertahap-tahap, one by one.

Satu perkara penting yang perlu diketahui berkenaan tokoh-tokoh ini adalah mereka terdiri daripada generasi baru yang telah belajar daripada kesilapan guru-guru mereka daripada generasi awal. Oleh itu mereka tidak akan mengulangi kesilapan tersebut. Pelajaran utama yang mereka teladani adalah jangan mengemukakan manhaj Islam Liberal secara mendadak dan terus terang. Akan tetapi kemukakannya secara bertahap-tahap dilapik dengan susunan bahasa yang dapat memikat keyakinan para pembaca awam.

Maka bukanlah satu keasingan apabila kita mendapati tokoh-tokoh aliran Islam Liberal di Malaysia lazimnya akan melapik perbahasan mereka dengan kata-kata “tujuan kami hanya untuk membuka fikiran……” , “Kami hanya ingin membebaskan umat yang selama ini dibelenggu oleh tafsiran lama……” , “Dalam bab ini terdapat perbezaan pendapat yang besar……” , “Tidak ada ayat al-Qur’an yang jelas dalam bab ini……” , “Hadis-hadis saling bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenaran……” , “Ini bukanlah daripada hal-hal muktamad agama……” , “Kami hanya membanding antara beberapa pendapat yang sedia ada……” , “Perbincangan ini bertujuan meningkatkan kematangan umat dalam beragama……” dan pelbagai lagi yang seumpama.

Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam ayat berikut ini dan ambillah iktibar daripadanya:

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya. [al-Baqarah 2:204]

 

Gerakan Islam Liberal di Malaysia, sekalipun tanpa memakai lencana ‘Islam Liberal’, lebih banyak bersifat meniru apa yang sebelum ini wujud di negara-negara Timur Tengah dan Indonesia. Artikel-artikel bercorak manhaj Islam Liberal yang muncul di akhbar-akhbar harian dan majalah al-Islam sebenarnya hanyalah hujah-hujah lama yang dikemukakan semula dalam bentuk yang baru. Tidak ada idea pemikiran yang tulen melainkan tiruan yang diberikan solekan baru. Sesiapa yang lazim membaca tulisan-tulisan aliran Islam Liberal di Timur Tengah dan Indonesia sejak beberapa dekad yang lepas akan mendapati apa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tempatan tidak lain hanyalah ‘lagu lama yang dimainkan dengan tempo baru’.

 

Malah adakalanya hasil tulisan yang dikemukakan juga diambil terus-terus daripada penulisan tokoh Islam Liberal luar negara. Sebagai contoh, perhatikan artikel Fenomenologi Tudung oleh Nasaruddin Umar yang dikemukakan oleh majalah al-Islam edisi Mac 2004 (ms. 76-78). Nasaruddin Umar ialah salah seorang tokoh terkemuka aliran Islam Liberal di Indonesia. Terdapat beberapa lagi artikel beliau yang boleh dirujuk di laman Jaringan Islam Liberal Indonesia. Perhatikan juga catitan tambahan di akhir artikel tersebut: “Nasaruddin Umar adalah Guru Besar Ilmu Tafsir Universitas Islam Negeri Jakarta dan kini sedang melakukan Post Doctoral Research di SOAS, University of London.” Inilah yang penulis maksudkan beberapa perenggan di atas, bahawa kebanyakan tokoh-tokoh aliran Islam Liberal adalah “mereka yang pernah mendapat didikan di negara Barat dan/atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi pengajian Barat.

 

 

 

HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah