Tazkirah hari ini, firman Allah s.w.t.:

 

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ (29) لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (30)

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.

 

Supaya Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. [Fathir 35:29-30]

---------------

Pada masa kini, ramai yang fikir nak buat bisnes. Walaupun sudah ada kerja dan pendapatan, masih nak buat bisnes. Meskipun sudah keluar rumah ke pejabat dari subuh hingga maghrib, masih hendak buat bisnes.

Akan tetapi bila diminta tolong buat kerja sukarelawan untuk Islam atau masyarakat, terus jawab "tidak ada masa" atau "tidak ada kudrat"!

Beruntunglah orang-orang yang buat bisnes sebagaimana ayat al-Qur'an di atas. Bisnes yang tidak akan rugi.

Iaitu mereka yang:

[1] Selalu membaca al-Qur'an.
[2] Mendirikan solat, baik yang fardhu mahupun sunat.
[3] Banyak bersedekah,yakni sedekah harta, tenaga atau ilmu.

Mereka ini, Allah sempurnakan pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaan-Nya, seperti keimanan, ketaqwaan, kebahagiaan, kesihatan, kewangan dan lain-lain lagi.

Jadi nak buat bisnes yang mana?

 

30 April, 2016