Kepada para ayah dan ibu,

Setiap kali cuti sekolah bermula anak-anaklah yang paling gembira. Tak payah pergi sekolah dan silap-silap dapat pergi bercuti. Masa ini juga ibubapa akan mula berkerut dahi memikirkan bajet untuk buka sekolah nanti - baju sekolah, baju KAFA, buku, alatulis, duit bas sekolah, yuran dsb. semua kena selesaikan. Setiap tahun harga mesti naik tak pernah turun.

Tapi jangan lupa setiap perbelanjaan itu ada nilainya di sisi Allah. Jangan mengungkit dan mengeluh tapi berbelanjalah dengan mengharap balasan Allah. Semoga hadis di bawah menjadi penawar sakit kepala para ibubapa macam saya.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

دِيْنَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيْلِ اللهِ وَدِيْنَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِيْنَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِيْنٍ وَدِيْنَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ،

أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ

“Satu dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah subhanahu wa ta’ala, satu dinar yang engkau keluarkan untuk membebaskan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, maka yang paling besar pahalanya dari semua nafkah tersebut adalah satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu.”

(riwayat Imam Muslim)

Terima kasih Mohd Khairul Muhamed