THI Dis 2017: Allah di mana?
- Details
- Written by Kapten Hafiz FIrdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 1720
Apabila membaca surah al-Mulk, tidak akan timbul keyakinan bahawa Allah itu berada di mana-mana.
Ini kerana Allah telah berfirman,
أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada (Allah) yang di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada (Allah) yang di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
(al-Mulk 67:16-17)
Allah di langit sebagaimana yang Allah nyatakan sendiri dalam dua ayat di atas dan banyak lagi, mengikut cara yang layak bagi-Nya.
Kita tak perlu berfikir atau bertanya bagaimana.
THI Dis 2017: Adakah kamu mempercayai Allah itu Maha Berkuasa?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 2078
Tazkirah pagi ini, firman Allah s.w.t.,
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ
مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;
Perintah Allah berlaku terus menerus di antara langit dan bumi.
(Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu,
Dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
(al-Thalaq 65:12)
--------
Dalam kesibukan urusan harian, kita kadang lupa bahawa "Perintah Allah berlaku terus menerus di antara langit dan bumi".
Maka dalam ayat di atas Allah memaklumkan dan mengingatkan "supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Oleh itu dalam apa jua urusan, baik besar mahupun kecil, baik penting mahupun remeh, sentiasalah berdoa dan berharap kepada Allah agar kita perolehi apa yang diingini.
Jika berjaya kita sandarkan kepada Allah. Namun jika gagal kita sabar dan cuba reda kerana perancangan Allah jauh lebih baik berbanding kita.
Tidak ketinggalan, hendaklah kita menjauhi semua kesalahan, baik besar mahupun kecil, kerana "Dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu."
THI Dis 2017: Star Wars: The Last Jedi bakal penemui para peminatnya.
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 2075
Apa yang menjadi perhatian saya dalam semua movie Star Wars adalah "The Force".
Ucapan "May the force be with you", "The force is with us" atau apa-apa lain yang berkaitan The Force berperanan memberi semangat dan sokongan kepada para penonton.
Malah ada yang mengucap-ucapkannya selepas tayangan.
Alangkah indahnya jika mereka yang terkesan dengan The Force mengucapkan yang sama terhadap Allah.
"May Allah be with you"
"Not to worry, Allah is with us"
Dengan maksud moga pertolongan, hidayah atau rahmat Allah ada bersama kita/kamu.
Ambillah iktibar daripada ayat al-Qur'an berikut, kisah Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi dalam gua ketika melarikan diri dari Mekah ke Madinah:
إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ
لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا.
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia (Muhammad) berkata kepada sahabatnya (Abu Bakar):
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah BERSAMA kita".
Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.
(al-Taubah 9:40)
THI Dis 2017: Hal ini berlaku pada setiap malam.
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Tazkirah Hari Ini
- Hits: 1689
Daripada Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ فِى اللَّيْلِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
“Pada malam hari terdapat satu waktu yang tidaklah seorang muslim berdoa kepada Allah berkaitan kebaikan urusan dunia dan akhiratnya bertepatan dengan waktu tersebut, melainkan Allah akan memberikan apa yang dia minta. Hal ini berlaku pada setiap malam.”
(Shahih Muslim no. 1259/757)
Page 41 of 67