Apakah kedudukan orang Syiah ?

Dari shiquin fatah

imageSyiah.jpgTue, 13 May 2003 15:11:40 +0800

a'kum,ustaz..,

saya ada beberapa kemusykilan yang nak diajukan pd ustaz.

2) apakah kedudukan orang-orang syiah sbnrnya?

Jawapan:

Wa’alaikumussalam warahmatullah

Jika yang dimaksudkan ialah, apakah kedudukan Mazhab Syiah di sisi Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, saya berkata Mazhab Syiah berada di luar Mazhab Ahl al-Sunnah akan tetapi pengikut Mazhab Syiah terbahagi kepada 3 kategori:

Pertama adalah mereka yang ikhlas lagi jujur di dalam beragama akan tetapi kerana sebab-sebab yang tidak disengajakan, telah tidak sampai kepada mereka ajaran Islam yang sebenar melainkan ikutan turun temurun. Mereka ini umpama orang yang duduk di pendalaman, tidak tahu membaca atau menulis dan sebagainya. Bagi kategori ini kita serahkan kepada Allah hukumnya, di waktu yang sama perlu disampaikan dakwah yang hak kepada mereka.

Kedua adalah mereka ikhlas lagi jujur di dalam berpegang kepada Mazhab Syiah kerana memiliki beberapa dalil daripada sumber al-Qur’an dan al-Sunnah. Akan tetapi mereka tidak memiliki ilmu yang mendalam untuk menilai dalil-dalil tersebut dari sudut kaedah usul yang sebenar, seperti darjat sanad hadis, maksud matan hadis dan tafsiran ayat. Dalam erti kata lain mereka memiliki dalil tetapi terkeliru di dalam pemahamannya. Bagi kategori ini, sekali lagi kita serahkan kepada Allah, di waktu yang sama perlu tetap berkerja keras menerangkan yang hak kepada mereka.

Ketiga adalah mereka yang terdiri daripada para ilmuan Mazhab Syiah dan mengetahui secara mendalam segala kaedah usul dalam berinteraksi dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Akan tetapi kerana sebab-sebab nafsu dan duniawi mereka tetap berkeras menafikan kebenaran, bahkan diwaktu yang sama tetap berkerja keras menyebarkan kebatilan. Bagi kategori ini mereka dihukum sesat dan wajib bagi kita memaklumkan kepada orang lain akan kesilapan dan kesesatan mereka akan orang awam tidak terikut kepada mereka.

Sekian wasallam.