DUA PERKARA PERLU DI AMBIL PERHATIAN :

(1)Dah jelas bhw melafazkan niat/usolli adalah tidak bid'ah malah sunat. Jadi golongan yg telah membid'ahkannya serta telah mengembangkan (serta mengisytiharkan) depan khalayak ramai (seperti dalam internet/penulisan)perlulah bertaubat dan taubat itu perlulah diisytiharkan depan khalayak ramai juga. Abu Hasan Asy'ari juga telah mengistiharkan taubatnya depan orang ramai (malah diatas mimbar).

 

Jawab THTL:


Tidak ada sebab para pentahqeeq perlu bertaubat. Tugas mereka ialah menjelaskan talaffuz ini tidak ada asal dari as-Sunnah, amal sahabi dan amalan para Imam salafus-soleh. Bid'ah ini ada kategorinya sebagaimana dosa ada dosa besar dan dosa kecil, maka bid'ah ada yang besar dan kecil.

Mana-mana Imam yang mengizinkan talaffuz meletakkan syarat:

Jika talaffuz itu dapat meluruskan niat, maka ia baik buat kamu, jika ia menyusahkan, lebih baik ditinggalkan.


------------------

(2) Lain kali, jangan cepat-cepat menuduh bid'ah. Buat kajian dahulu. Lantaran itu orang yang berada di bawah suatu mazhab yang muktabar susah nak terbabas kerana mereka adalah muqollid/un kpd orang/imam yang muktabar. Seperti orang yg berada di bawah mazhab Syafi'i, mereka akan memerhatikan apa yg dikatakan oleh imam mereka, seperti imam Nawawi r.a. misalnya.

Lantaran Imam Nawawi tidak mengatakan bahawa talaffuz niat itu suatu bid'ah, maka mereka yang berada dlm mazhab Syafi'i (selaku pengikut kpd Imam Nawawi)pun tidak berkata bid'ah. Mereka akur saja. Jadi susah nak terbabas. Kpd orang yang cuba-cuba cari sendiri dengan kekuatan yang ada pada diri sendiri, maka terjebaklah dgn perangai "cepat mengatakan bid'ah", walhal bila dikaji dengan penuh kemantapan itu tidak bid'ah, malah mandub.


Jawab THTL:


Bid'ah dan takfir itu istilah yang biasa dalam Al-Qur'an dan as-Sunnah. Al-Qur'an dan as-Sunnah juga menyebut kalimah munafik. Apabila ulama' menggariskan batas iman dan kufur; bid'ah dan sunnah, munafik, dsbnya bukanlah ia digunakan untuk melabelkan sesiapa. Ia adalah peringatan supaya kita tidak jatuh ke dalamnya.

Hanya ada orang yang separuh masak yang suka mengkafirkan orang lain, membid'ahkan orang lain...tapi tidak salah kita menjelaskan buat begini, begitu jatuh kufur atau bid'ah.

Memang ramai orang cepat terasa dan sensitif dgn kufur dan iman, tapi jika ia ikhlas ingin menjadi mukmin dan mengikuti sunnah, ia sepatutnya berterima kasih kerana ada huraian dan penjelasan tentang batas-batas iman dan kufr, bid'ah dan sunnah.

Jika ada terjumpa orang yang ghairah mengkafirkan sebahagian orang Islam atau membid'ah mereka, itu adalah kelemahan si fulan itu, tapi niat dia mungkin baik.