Daripada shiquin fatah
Tue, 13 May 2003 15:11:40 +0800

a'kum,ustaz..,

saya ada beberapa kemusykilan yang nak diajukan pd ustaz.

1) rumahtangga ibu bapa kwn sy sedang brd dlm ambang perpecahan. Adakah salah sekiranya dia mengesyorkan perceraian kpd ayhnya? Ini krn hidup ibu bapanya yang sentiasa bergaduh sejak dr dia kecil lagi. Baru2 ini pergaduhan tercetus lg. katanya, ayahnya terjumpa peralatan bomoh di dalam beg kepunyaan ibunya. entah apa niat si ibu hendak membomohkan ayahnya tidak pula diceritakan. lgpun, menurutnya, mereka adik beradik memang tidak menyukai sikap si ibu yang tidak menjalankan tugas sebagai ibu sebaiknya. ini termasuklah dlm perihal masak memasak, membasuh baju dan mengemas rumah.buat pgthuan ust, ibunya adalah wanita berkerjaya. alasan utk tidak mlkkn tugasan rumah krn dia b'kerja tidak blh dguna krn walaupun hari cuti, dia tetap begitu. saya pun serba salah nak bg pndapat. bg sy, w/pun penceraian itu adlh perkara yang memang kita minta dijauhkan, tetapi klu ia adalh utk kebaikan bersama dan kpntingan mereka adik beradik, sy rasa tak salah. harap ust dpt m'berikan bantuan.

 

Jawapan:

Wa’alaikumussalam warahmatullah.

Saya hanya mampu memberi pendapat berdasarkan zahir penjelasan sdr. Masalah ini sebenarnya memerlukan seorang kaunselor yang hadir secara “live” dan bukan secara e-mail sahaja. Walaubagaimanapun saya akan cuba membantu dengan beberapa point berikut:

Pertama:

Kelihatan rakan sdr yang bertanya itu memihak kepada ayahnya dan dia mendakwa adik beradik juga memihak kepada ayah. Dia telah menceritakan versi dia. Saya berpendapat hal ini tidak adil kerana kita juga merlu mendengar versi pihak ibu dan kesemua adik beradik tersebut. Adalah terlalu awal untuk kita mengadili sesuatu pergeseran semata-mata berdasarkan pandangan satu pihak.

Kedua:

Alasan si-ibu yang tidak menjalankan tugas harian di rumah adalah juga berat sebelah kerana tugas harian tersebut adalah kewajipan semua pihak dan bukannya seorang sahaja. Adalah menjadi tanggung-jawab si-ayah sebagai pemimpin keluarga untuk mencari jalan-jalan bagi memastikan tugas-tugas harian di rumah selesai. Jika si-ibu terlalu sibuk maka antara pilihan lain ialah mengambil seorang pembantu rumah.

Malah jika rakan sdr yang bertanya telah cukup dewasa untuk mengesyorkan penceraian, maka yang lebih tepat ialah dia mengesyorkan dirinya sendiri sebagai yang mengurusi tugas-tugas harian rumah dan dibahagi-bahagikan secara sama rata dengan adik beradiknya. Mengusulkan penceraian tidak akan menyelesaikan masalah tugas harian rumah yang tidak beres.

Ketiga:

Terjumpanya alat-alat bomoh dalam beg tidak boleh dijadikan alasan untuk terus berburuk sangka kepada si-ibu kerana mungkin sahaja alat-alat bomoh tersebut adalah penangkal bagi tindakan sihir orang lain atau merupakan perangkap orang lain ke atas ibu atas niat fitnah atau kerana kesilapan si-ibu yang jahil di dalam bab ini atau pelbagai lagi kemungkinan. Maka tindakan yang Islami ialah bertanya kepada ibu dan bukannya berburuk sangka kepadanya.

Keempat:

Penceraian memang merupakan satu option di dalam Islam tetapi ia adalah option terakhir. Sebelum itu Islam menganjurkan agar dihadirkan perunding atau kaunselor bagi masing-masing pihak untuk mencari jalan penyelesaian. Firman Allah:

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya. [Maksud surah al-Nisa’ 4:35]

Sekian, wassalam.