Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya diminta untuk membentangkan kertas kertas bertajuk Hospital Islam. Mungkin elok juga saya dapatkan pandangan dari netter fikrah ini tentang apakah yang dimaksudkan dengan Hospital Islam. Apakah bezanya dengan Hospital yang dah ada. Apa kriterianya. Bagaimana pelaksanaannya dan sebagainya..


------------------

Komen THTL:

Wa 'alaikumsalam,

Hospital itu pada asalnya sudah Islam. Sebab hospital itu diwujudkan di zaman Umar al-Khattab ra untuk memberi rawatan kepada umat. Jadi istilah hospital Islam itu adalah misleading.

Hospital dalam Islam ialah tanggungjawab negara kepada rakyat yang memilihnya untuk membentuk kerajaan. Ia tidak boleh sewenang-wenangnya diswastakan kerana kesihatan adalah hak asasi rakyat dan kerajaan hendaklah memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Hospital dalam Islam juga tidak menolak doktor bukan islam berkhidmat dengannya atau pesakit bukan Islam yang menjadi warganegaranya. Pendekkata hospital yang ada sekarang adalah hospital islam jika ruh perkhidmatannya adalah perkhidmatan dan peraturan asanya dipatuhi: misalnya pakaian pekerja Islam menutup aurat, ubat-ubatannya bersih dari bahan-bahan yg diharamkan, ia juga bebas dari perbuatan yg diharamkan seperti bank mani, pengguguran janin tanpa sebab mudharat dan pengklonan manusia.

Selain dari itu hospital Islam tidak banyak berubah dari hospital di negara Barat, malah SJMC di Subang Jaya memenangi pelbagai anugerah kecemerlangan servis termasuk anugrah Asia-pasifik kerana quality dan servicenya. Cemerlang servis dan kualiti pengurusan itu adalah Islamik sebenarnya.

 

Rumusan:

Nama tidak penting, yang penting ialah servis dan balance antara keuntungan dan kebajikan kepada manusia. (Muqaddimah, Ibn Khaldun; dan min rawa'i hadharatuna, asSiba'iy)