Judul buku: Hadith and Sunnah-Ideals and Realities.
Penghimpun: PK Koya
Penerbit: Islamic Book Trust, Kuala Lumpur
Harga: RM36
Tebal: 360 ms.
Di mana: Kedai buku agama, MPH, Times.

Assalamualaikum,

Berikut adalah ulasan buku serba ringkas kepada sebuah buku 'Hadith and Sunnah-Ideals and Realities' yang pernah dihantar tetapi disunting semula untuk warga internet yang mungkin berminat mendapatkannya.


Buku ini adalah usaha kompilasi 14 buah karangan karya ilmuwan hadis terkenal yang dikumpulkan sepanjang empat dekad yang lalu. Karya yang dimuatkan adalah daripada koleksi pelbagai journal islamik dan kebanyakannya sudah sukar ditemui lagi. Manuskrip-manuskrip asal mungkin cuma terdapat di perpustakaan tertentu di universiti-universiti tertentu. Ada juga manuskrip-manuskrip yang sudah tidak wujud lagi tetapi sempat dipindahkan ke bentuk 'microfilm' sebelum ianya rosak.

Koleksi karya-karya yang dimuatkan di dalam buku ini memang telah dipilih khas untuk tatapan pembaca biasa dari golongan non-akademik yang berminat dengan pengetahuan ilmu hadis dan al-Sunnah. Kerana buku ini berbentuk himpunan (kompilasi) karangan-karangan maka topik yang dibawakan tidaklah terlalu mendalam seperti teks akademik. Cuma jumlah karangannya agak banyak dari barisan penulis dan ilmuwan Islam yang meliputi pelbagai cabang ilmu hadis.

Bagi mereka yang belum pernah memiliki sebarang buku mengenai subjek hadis dan sunnah saya merasakan buku ini amat sesuai sebagai satu bentuk pengenalan kepada bidang ilmu hadis kerana semua tulisan adalah dalam bentuk esei (karangan) dan tiada sebarang perbincangan mendalam. Subjek perbahasan cuma disentuh secara luaran sahaja namun cukup ilmiah untuk pemahaman pembaca awam. Kesemua esei-esei yang dihimpun merangkumi pelbaga aspek perbincangan ilmu hadis dan sunnah.

Kesemua 14 karangan di dalam buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama:

i. Origin and Development of Hadith (Asal-usul dan perkembangan ilmu Hadis)
ii. Place of Hadith and Sunnah in Islam (Kedudukan Hadis dan Sunnah dalam Islam)
iii. The Spiritual Dimension of the Sunnah (Aspek spritual/kerohanian ilmu Sunnah)

Esei-esei yang dimuatkan di dalam buku ini adalah hasil tulisan 11 para ilmuwan Islam antaranya:

Zubay Siddiqi
Muhammad Ali
SM Yusuf
Fazlur Rahman
Shah Shahidullah Faridi
Muhammad Asad
Mustafa A'zami dan ramai lagi.

Esei-esei adalah hasil kompilasi dan suntingan P.K. Koya.

Ada juga beberapa web-site luar negara yang menjual buku ini secara o­n-line seperti:
http://islamicbookstore.com/b2890.html
http://www.onlineislamicstore.com/b2890.html
tetapi tidak digalakkan membelinya di internet kerana edisi Malaysia yang terdapat di kedai-kedai buku tempatan adalah jauh lebih murah.

Semoga ada manfaat.

Wassalam


Added:  Thursday, April 15, 2004