Judul: Sembahyang Jamak Dan Qasar Adalah Sedekah Allah
Pengarang: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah
Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.
Saiz buku: 8.5 x 6, 76 mukasurat
Harga: RM8.00
Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di 07-235 1602.
Ulasan ringkas:
Apabila membaca judul di atas, pasti ada yang berkata:
“Isyy! Lagi-lagi bab jamak & qasar. Bukankah sudah ada banyak buku dalam bab ini di pasaran?”
Dijawab, buku Jamak & Qasar memang banyak di pasaran, akan tetapi ia juga banyak dipenuhi dengan pelbagai syarat yang pada asalnya tidak pernah disyaratkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sehinggakan Jamak & Qasar yang memiliki objektif asal memudahkan umat berakhir menjadi satu kesukaran bagi umat.
Buku kali ini berbeza dengan buku yang lain. Ia menerangkan Jamak & Qasar sebagai satu kemudahan yang bebas daripada pelbagai syarat itu dan ini. Melalui buku ini, Jamak & Qasar kembali sebagai satu sedekah dari Allah dan bukan keberatan daripada manusia.
Baca & Download Koleksi e-Book Kami
Lebih 30 tajuk dihasilkan dan dikongsikan kepada anda.