Keputusan negara EC Perancis melarang muslimah utk mengenakan jilbab
jelas sangat kontradiktif dgn citra bangsa perancis yg begitu bangga dgn freedom (kebebasan), egalite (persamaan) dan fraternity
(persaudaraan). Apa lagi 'jilbab' merupakan waajibat (kewajiban agama) bukan simbol atau syi'ar spt kalung salib (Nasrani) dan
kafieh (ketayap mini) bagi Yahudi.
Dr Qardhawi bukan sahaja ulama' kitab, ulama' dari mimbar, tapi
turun ke alam realiti, ke pentas global dan berada di depan ketika umat minoriti Perancis memerlukan pembelaan. Dr Qardhawi melontarkan
hujah bagaimana mungkin mereka melarang seseorang yg hendak mengamalkan agamanya dan menjunjung kehormatan sbg manusia.Dia juga
menyelar sikap double standard Perancis yg membolehkan free sex (seks bebas) dan kebebasan individu lainnya.
Kitab ini dibahagikan pd 3 Bab
Bab 1: Pengaruh pelarangan Berjilbab di Perancis (www. al-jazirah.com) Dr Qardhawi telah mengesan kencenderungan pemerintah Perancis utk
mengharamkan jilbab ketika beberapa kunjungan beliau ke Perancis terutama pada Seminar Orientalis di Perancis pada bulan Oktober
1994. Dalam seminar ini Dr Qardhawi telah berjaya mempertahankan serangan orientalis yg cuba merubah persepsi masyarakat Perancis
bahawa tudung adalah simbol agama. Dr Qardhawi tetap menangkis serangan itu dan menetapkan tudung adalah kewajiban agama bukan
simbol agama spt kalung salib dan kafiyeh bagi Nasrani dan Yahudi. Dr Qardhawi juga menyelas Perancis kerana menganggap pelarangan
hijab adalah urusan internal negara itu. Ini kerana Perancis juga sering terlibat dgn urusan internal negara lain. yang benar
pelarangan hijab adalah menyakitkan seluruh umat Islam kerana sifat mereka bagai umat yg bersaudara. Dr Qardhawi juga menyelar sikap
membisu dunia Islam lain dan badan2 Induk yg mewakili umat Islam
Bab 2: Permasalahan Jilbab di Perancis (www.qaradawi.net) Ini menyorot kembali seminar Oktober 1994 di mana DYQ berdebat dgn
perhimpunan orientalis. Juga berkhutbah kepada warga Paris mengenai isu jilbab. DYQ juga mengulangi sikap double standard Perancis yg
melaungkan Human Rights tapi menyekat rights orang Islam. Juga dipaparkan surat resmi DYQ selaku Ketua Dewan Fatwa dan Penyelidikan
Eropah kepada Pres Jacques Chirac menggesa beliau menarik balik pidana larangan itu.
Bab 3: Perbedaan (ta'adudiyah) merupakan Realiti (waqe') yg diakui Islam (www.qaradawi.net)
Bab ini DYQ menutup khabar angin yg bertiup kencang bahawa Qatar
adalah negara Arab pertama yg akan menukar hari minggu kepada Sabtu dan Ahad dan menjadikan hari Juma'at hari kerja. DYQ menyeru
Pemerintah Qatar supaya rasional dan terus menjaga identiti dan jatidiri umat Islam dan terus mengekalkan hari minggu spt sedia kala
sejak dulukala. sekian