Soalan: Bolehkah Berdoa Dalam Hati Sahaja?

Jawapan:

Dibolehkan berdoa dalam hati sahaja tanpa menyebutnya dengan mulut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ.

Aku berdasarkan sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Maka jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-Ku.[1]

            Hadis di atas berbicara tentang keutamaan berzikir kepada Allah dalam hati. Doa termasuk dalam kategori zikir, kerana dalam berdoa seseorang itu mengingati Allah, memulakan doa dengan memuji Allah, menyebut nama-nama Allah dan berharap kepada kemakbulan Allah. Maka berdasarkan hadis di atas, dibolehkan berdoa dalam hati sahaja.

 

Notakaki:

[1] Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 6856/7405 (Kitab al-Tauhid, Bab firman Allah, “Dan Allah peringatkan kamu terhadap diri-Nya”). Teks penuh hadis telah dikemukakan sebelum ini.