Azab Dan Nikmat Kubur Dalam al-Quran dan al-Hadis

Ustaz Dr. Abdullah Yasin

 

Mukaddimah

Ahl sunnah

Alam Barzakh

Manusia Di Alam Barzakh

Azab Dan Nikmat Kubur Bukan Suatu Yang Mustahil

Mazhab Mu'tazilah

 
 
Dalil-Dalil Adanya Azab Dan Nikmat
Dalam Kubur:

Dalil-dalil daripada al-Qur’an.

Dalil-dalil Daripada al-Hadis
Ghaib Hakiki dan Ghaib Idhafi

Al-Qur’an dan al-Hadis

Sebab-Sebab Azab Kubur

 

Kandungan

 

 
 
 

 

Sebab-Sebab Azab Kubur

 

          Al-‘Allamah Al-Safaarainiy berkata, sebab-sebab penghuni kuburan disiksa terbagi kepada dua bahagian, iaitu:  

 

  1. Mujmal (umum). Mereka disiksa di dalam kubur kerana kejahilan mereka terhadap Allah dan enggan mematuhi suruhan Allah serta melakukan maksiat. Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya  lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.

  2. Mufassal (Terperinci). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah diperlihat dan diperdengarkan azab kubur ketika baginda melalui dua kuburan, yang satu disiksa kerana suka menceritakan keburukan orang sedangkan yang satu lagi kerana tidak menjaga kebersihan ketika buang air kecil. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bermimpi (semua mimpi para rasul adalah wahyu) diperlihatkan oleh Allah kepadanya sebab-sebab manusia disiksa di dalam kubur seperti orang yang solat tanpa bersuci (taharah), orang yang melalui seseorang yang sedang dizalimi lalu enggan menolongnya, orang yang membaca Al-Quran lalu tidur pada malamnya kemudian tidak mengamalkan apa yang dibacanya itu pada waktu siangnya, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang malas solat Subuh, orang yang enggan mengeluarkan zakat, orang yang gemar menyibar fitnah di dalam masyarakat, orang yang takabbur (sombong), orang yang ria’ dan orang yang suka mencaci orang lain sama ada melalui ucapan atau tindakannya. (Riwayat al-Bukhari)

 

 

__________________________

 

Kitab Rujukan

 

1.      Aqidah Al-Wasitiyyah; Ibn Taimiyah.

2.      Al-Roh; Ibn Qayyim

3.      Al-Irsyad Ilaa Sahih Al-I’tiqad; Dr. Saleh Bin Fauzan Al-Fauzan

4.      Al-Hayat Al-Barzakhyyah; Muhammad Al-Zahir Khalifah

5.      Tafsir Al-Quran Al-‘Azim; Ibn Kathir.

6.      Ahkaam Al-Janaaiz; Nasiruddin Al-Albaaniy.

7.      Lum’at Al-I’tiqad Al-Haadi Ilaa Sabil Al-Rasyad; Ibn Qudamah Al-Muqaddasiy; Syarh: Syeikh Muhammad Bin Saleh Al-‘Utsaimin.

 

 

HIMPUNAN RISALAH DALAM BEBERAPA PERSOALAN UMMAH : BUKU 1

Penyusun : Hafiz Firdaus Abdullah