Himpunan Risalah dalam Beberapa Persoalan Ummah

 Buku 4

 

 

Merangka Belanjawan dari Perspektif Islam

oleh:

Shabnam Mokhtar

 

 

 

Pengenalan

 

Teori ekonomi mengkaji bagaimana manusia membahagikan sumber kepada pelbagai kegunaan yang berpotensi. Pembahagian sumber ini dilakukan oleh tiga kumpulan pembuat keputusan ekonomi iaitu pengguna, pengeluar dan kerajaan. Antara keputusan ekonomi yang dilakukan oleh mereka adalah[1]:

 

  • Pengguna (households): bagaimana membahagikan pendapatan mereka untuk mendapatkan barangan (dikenali sebagai “consumption decision”)

  • Pengeluar (firms):  berapa banyak sumber yang hendak digunakan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan (dikenali sebagai “production decision”)

  • Kerajaan: Apakah barangan dan perkhidmatan yang akan disediakan dan cukai yang akan dikenakan ke atas pengguna dan pengeluar.

 

Risalah ini insha’Allah akan memberi tumpuan kepada keputusan yang dilakukan oleh pengguna iaitu “consumption decision”. Penulis akan menggunakan perkataan “consumption” tanpa menterjemahkannya (menjadi “penggunaan”) sepanjang risalah ini. Risalah ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Pada bahagian pertama penulis akan menerangkan serba ringkas faktor-faktor yang mempengaruhi consumption dalam ekonomi hari ini (yakni faktor-faktor yang mempengaruhi galagat pengguna - “consumer behavior”). Kemudian penulis akan menerangkan bagaimana ajaran Islam akan mempengaruhi gelagat pengguna yakni faktor-faktor tambahan yang perlu diambil kira oleh seorang muslim dalam menjalankan aktiviti consumption. Akhir sekali penulis akan memberikan contoh belanjawan yang mengambil kira faktor yang telah diterangkan dalam bahagian kedua.

 

 

 

Pertama: Gelagat Pengguna

 

Kedua: Gelagat Pengguna dari perspektif Islam

 

Ketiga: Merangka Belanjawan dari Perspektif Islam

 

Penutup

 

 

 

Kandungan