Himpunan Risalah dalam Beberapa Persoalan Ummah

 Buku 4

 

 

Meninjau Semula Hukum Kenajisan Khinzir

Oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

 

 

 

 

Kesimpulan.

 

Sebagaimana yang penulis sebut di permulaan risalah ini, kemungkinan apa yang dijelaskan di atas berkenaan hukum khinzir adalah sesuatu yang baru lagi ganjil kepada sebahagian pembaca. Akan tetapi bezakan bahawa apa yang penulis jelaskan adalah sesuatu yang berpijak di atas dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Maka nilailah penjelasan di atas berdasarkan dalil-dalilnya, bukan kebiasaan yang selama ini dipegang.

 

Ringkasnya khinzir adalah binatang yang baik dan bermanfaat bagi manusia. Kita hanya dilarang daripada memanfaatkannya sebagai sumber pemakanan. Jika tersentuh khinzir, memadai dengan basuhan air biasa. Lebih penting, hendaklah disedari bahawa khinzir dan anjing adalah dua makhluk Allah. Dengan kesedaran ini, janganlah kita mengkategorikannya sebagai makhluk yang najis, jijik, hina dan pelbagai lagi sangkaan yang buruk.

 

 

 

 

 

Pengenalan

 

Tinjauan 1 - 4

 

Tinjauan 5 - 7

 

 

 

 

Kandungan