Mutiara Doa: Doa Selepas Wudhu’.

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, yang maha esa, yang tiada sekutu bagi-Nya
dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Ya Allah! Jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat
dan jadikanlah aku termasuk orang-orang mensucikan diri.

 

Beberapa pengajaran doa: <!--[if !supportLists]-->1.      Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW, rujuk Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 55. Baginda menerangkan bahawa sesiapa yang berwudhu’ lalu membaca doa di atas maka: “Akan dibuka baginya lapan pintu syurga dan dia dapat memasuki dari mana-mana pintu yang dikehendaki.”<!--[endif]--> <!--[if !supportLists]-->2.      Dalam doa ini kita memohon kepada Allah agar digolongkan di kalangan orang-orang yang bertaubat. Ini adalah doa yang bermanfaat kerana sebahagian orang yang melakukan dosa besar kerap merasa berat atau menangguh-nangguh taubatnya.<!--[endif]--> <!--[if !supportLists]-->3.      <!--[endif]-->Dalam doa ini juga kita memohon kepada Allah agar digolongkan di kalangan orang-orang yang sentiasa menjaga kebersihan dan kesucian dirinya. Moga dengan doa ini, Allah menjadikan kita sentiasa prihatin dengan kebersihan diri lagi dipermudahkan urusan menjaganya.