Mutiara Doa: Penjagaan Allah

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada hilangnya nikmat yang Engkau berikan, berkurangnya kesihatan yang Engkau limpahkan, datangnya seksa Engkau secara tiba-tiba dan dari segala kemurkaan Engkau.

 

Beberapa pengajaran doa:

  1. Doa di atas merupakan salah satu doa yang dibaca oleh Rasulullah sebagaimana yang diterangkan oleh Abdullah ibn Umar dan diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahihnya, hadis no: 4922. 
  2. Melalui doa di atas, kita memohon kepada Allah agar segala nikmat dan kesihatan yang diberikan selama ini diteruskan, dikekalkan. Pada waktu yang sama ia menyedarkan kita bahawa segala nikmat dan kesihatan sebenarnya berasal daripada Allah, maka hendaklah kita berterusan bersyukur kepada-Nya.
  3. Kita juga berdoa agar terhindar dari seksaan Allah dan kemurkaan-Nya, tentu saja diikuti dengan usaha daripada diri kita sendiri agar menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan seksaan dan kemurkaan Allah.