Soalan

Saya meragui tajwid bacaan Fatihah imam kami di asrama. Apakah patut saya mengulangi sembahyang saya itu secara sendirian?

Ain, Kuantan, Pahang.

Jawapan:

Sesuatu ibadah hanya menjadi batal jika ia disertai dengan kesilapan yang meyakinkan. Jika sekadar keraguan, maka ia tidak batal. Langkah terbaik di sini ialah menasihati imam anda dengan hikmah dan tersembunyi untuk memperbaiki bacaannya.