Soalan Adakah semua bahan yang menggunakan alkohol seperti minyak wangi tidak boleh dipakai atau dibawa dalam solat? Aida, Mersing, Johor. Jawapan: Beralkohol atau tidak, wanita dilarang memakai minyak wangi apabila hadir di kalangan orang lelaki yang bukan mahram. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika seorang wanita memakai minyak wangi lalu sengaja lintas di antara orang ramai agar mereka mencium kewangiannya, maka dia (seolah-olah) berzina.” [Shahih Sunan al-Nasa’i, no: 4173] Oleh itu jangan memakai minyak wangi (parfum), sebaliknya gunakanlah bahan pencegah peluh (anti-perspirant) atau pencegah bau badan (deodorant). Kedua-dua bahan ini jika mengandungi alkohol boleh dipakai dan dibawa dalam solat. Ini kerana alkohol tidak haram jika dikenakan pada pakaian atau kulit, ia haram jika dimakan atau diminum.