Soalan:

Disebabkan keputusan SPM saya yang tidak memenuhi harapan ibubapa saya, hubungan kami sekarang ini agak renggang. Adakah saya berdosa kerana menghampakan ibubapa saya?

Insyeera, Seberang Prai, Pulau Pinang.

Jawapan:

Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Keredhaan Allah berada pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah berada pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899] Apa yang sudah lepas, lepaskanlah. Mulakan alaf yang baru dengan memohon maaf kepada ibubapa, merapatkan hubungan, berbincang dengan mereka apa alternatif seterusnya dan berjanji kepada mereka bahawa anda akan berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai alternatif itu.