Soalan:
Saya sering ragu-ragu sama ada mandi hadas saya sah atau tidak sekalipun saya telah pastikan semua rukun dan syaratnya saya patuhi. Bagaimana saya boleh menghilangkan keraguan ini?

Muna, Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Jawapan:
Jika telah dipatuhi semua rukun dan syaratnya, maka mandi hadas itu adalah sah tanpa ragu. Ia hanya terbatal jika berlaku sesuatu secara jelas lagi nyata, seperti keluarnya darah haid atau bersetubuh dengan suami.

Perasaan ragu-ragu lazimnya datang daripada syaitan, maka perangilah ia dengan membaca “A’uzubillahi minash syaithanir rajim”. Kemudian usah dilayan perasaan ragu itu, sebaliknya teruskan kehidupan dengan penuh keyakinan.