Soalan:
Jika seseorang itu tidak berniat untuk menazarkan sesuatu, tetapi ia cuma terlafaz dalam hatinya sahaja sedangkan dia tiada berniat untuk melakukannya. Adakah ia dikira sebagai bernazar?

Noraini Kamaruddin, Parit Rokan, Negeri Sembilan.

Jawapan:
Nazar termasuk sumpah dan sesiapa yang bersumpah padahal fikirannya ketika itu tidak tenang (sedang marah), atau hatinya tidak memaksudkan sedemikian, maka sumpah itu tidak diambil kira. Allah berfirman:

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dalam keadaan bersungguh-sungguh.” [Surah al-Maidah, ayat 89]