Soalan: Adakah solat saya sah jika kuku saya panjang? Saya menjaga kebersihan kuku saya. Naili, Pulau Pinang.


Jawapan:

Kuku panjang atau pendek tidak termasuk dalam penentuan sah atau tidak solat. Namun ia termasuk dalam ciri fitrah seorang muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda: Fitrah terletak pada lima perkara: Berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai.” [Shahih al-Bukhari, no: 5889]

Maksud “fitrah” ialah asal kejadian manusia, ciri agama dan kebiasaan (sunnah) para Nabi dan Rasul sehingga menjadi sesuatu yang sunat untuk kita ikuti. Justeru tidak digalakkan menyimpan kuku panjang, sebaliknya hendaklah sentiasa memendekkan kuku di samping menjaga kebersihannya.